Container Icon

Tiga Saat Bab 3


Bab 3

            Dah hampir 1 bulan aku bekerja di Gemilang Holding, semakin ramai juga pekerja yang ku kenal. Walaupun berlainan department namun mereka boleh menerima aku seadanya. Maklumlah aku pun seorang yang suka bersembang. Bila dah beramah mesra dengan semua di sini aku menjadi semakin seronok. Kini aku sudah mengenali kak Rahmah merangkap setiausaha Tan Sri, Jacob di Marketing department, Yuwei dari Development Department, Augustin, Sarimah, Aina, Sofia dari Human Resource, dan rapat denganku Zara dan Ayu. Zara memang nampak agak sombong, namun dalamannya sangat cantik persis luarannya. Ayu pula memang manis dan lemah lembut. Aku gembira bergaul dengan mereka sebab mereka antara yang paling berhampiran denganku. Nak harapkan En. Adam? Aku rasa ada la beberapa kali dia tegur aku. Itu pun berkaitan kerja. Pandang aku pun dia tak nak. Macam kuman pulak aku rasa diri ni. Hurm..
           
            Kerja untukku juga semakin membukit. Dari satu projek ke satu projek aku usahakan. Kali ini projek rekabina theme park di Selatan. Tugasku untuk membina model tersebut ilham dari arkitek. Sangat rumit tapi sangat mengasikkan.Unitku juga ada menempatkan studio photo. Walaupun tiada rakan sekerja yang lain, namun model-model yang keluar masuk untuk shooting membuatkan aku tidak kesunyian. Ada saja yang menyinggah untuk berborak. Aku semakin terhibur bekerja di sini.

            Namun aku masih tidak berpeluang berborak dengan En.Adam, orangnya sangat sibuk. Jumpa pun hanya berselisih di ruang legar, Segala arahan yang ku terima semuanya melalui Zara. Dari maklumat yang dimaklumkan Zara, sebelum ini En.Adam bekerja di cawangan luar Negara, hanya sekali sekala sahaja dia ada di sini. Oleh itu, mereka  jarang berjumpa sehingga lah, Tan Sri meminta Zara menjadi setiausaha kepada En.Adam. Kak Ramlah cakap pula, En.Adam sangat sukar dikawal. Orangnya sangat keras kepala, cerewet dan berhati batu. Berbeza dengan Tan Sri Qaliff yang sangat memahami. Pada mulanya, jawatan yang kusandang itu adalah dari Unit Pembangunan dimana arkitek dan designer ditempatkan, namun En.Adam mendesak Tan Sri untuk menubuhkan unit Kreatif. Katanya bakal banyak projek-projek yang akan diambil alih.. Namun sehingga kini En. Adam tidak mengeluarkan sebarang arahan pengambilan pekerja lain di unit tersebut.

“Adra, En.Adam nak u masuk office dia sekarang” Panggilan dari Zara membuatkan kerja-kerja ku tergendala sebentar.Zara ada berpesan jikalau En.Adam mahukan sesuatu dengan segera, maknanya kena tinggalkan segala yang kita lakukan untuk memenuhi permintaannya. Jikalau tak, ribut taufan Catrina pun tidak sehebat taufan Adam.
“itu pun nak suruh Zara pangilkan, intercom aku sendiri tak boleh ke” aku mengomel lagi. Pen dan buku nota kecil ku selitkan ke dalam Apron. Oh ye, kerja yang kulakukan memang rumit dan mencomotkan, oleh itu aku lebih selesa untuk memakai apron. Lebih terjamin kebersihan baju ku. Walaupun kadang-kadang kala kelihatan macam bibik. Namun aku sudah terbiasa dengan budaya kerja di Jepun.

“En. Adam nak jumpa saya”
Diam.
“setakat nak diam diri baik aku tak payah datang” kata-kata hatiku je.hehehe
En. Adam masih membelakangi Adra.
“aishh.. pandang muka saya pun taknak ke?”perlahan lagi suaraku.
Diam.
Aku tak puas hati, ku bergerak ke arah kerusi besar yang membelakangi ku. Aku mendengus. Bertuah punya bos, boleh di bantai tidur pulak. Nak tidur balik umah je la. Kalau aku terlelap sikit manjang je suruh Zara sound aku.Ishh..tak aci ni.

Aku amati wajah En.Adam yang melentok di kerusi. Kesian pulak ku lihat. Serabut wajahnya.Mungkin banyak sangat kerja sehingga memberi tekanan. Rambutnya, Matanya, Bibirnya… “o..oo.. oppa” aku kembali mengingati wajah lelaki yang saling tak tumpah seperti En.Adam. Mungkin dia lelaki yang sama di dalam train tempoh hari. “Lee Dong Wok oppa” Mustahil aku lupa dengan wajah lelaki yang ku himpap kakinya dengan beg sandangku. Wajah persis hero pujaan Korea itu memang akan kukenang sampai bila-bila. Patutla aku seakan mengenalinya. Aku tersenyum gembira.

“Ni kenapa senyum sorang-sorang?” Tiba-tiba En. Adam bersuara.
Terkejut dengan sapaan itu, aku melangkah sedikit kebelakang dan terjelupok jatuh.
“Eh, tak ada ape-ape” aku menepok2 belakang baju ku sambil mula berdiri. Malu menyelubungi diri bila tertangkap dalam keadaan begitu. En.Adam menyisir rambutnya ketepi dan membetulkan sedikit kemejanya.
“ En.Adam nak jumpa saya ke?” Aku mula bertanya
“Hurm.. ye” Masam kelat wajahnya.
Ada apa ye En.Adam?”
“Project Nusajaya tu dah siap ke?”
“dah 80% En.Adam, kenapa?”
“aik, tak boleh aku tanya ke?”
“ooo…, boleh,boleh” Ala setakat nak tanya progress tu intercom je la. Nyusahkan aku betul.
“merungut?” En. Adam seakan dapat membaca bisikan hatiku.
Aishhh.. dia ni pak nujum ke. Namun yang keluar “ Eh., mana ada saya merungut, saya suka dengan kerja saya”
“ Bagus, kalau macam tu, saya nak model tu by tomorrow”
“tomorrow?”
En.Adam angguk. Ku merlirik kearah jam di tangan, jarum menunjukkan hampir 7 malam. Pukul berapa pulak aku nak balik? Zara pun dah balik sebelum aku masuk kebilik En.Adam tadi. Ayu pulak bercuti seminggu. Siapa yang nak teman aku. Aku cuba mencari alasan supaya melewatkan sedikit submission itu.
“ Kenapa tercegat lagi?”
“En.Adam..”aku memikirkan skali lagi ayat yang harus ku sambung
“Anything?”
Sudahnya aku menggeleng dan kembali semula kebilik ku.Satu keluhan berat ku lepaskan. Aku bukannya taknak kerja lebih masa,tapi kalau aku sorang je yang kerja, yang lain dah cha alif but sampai ofis kosong, aku pun nak gak join dorang balik umah. Aku ni bab tinggal sorang2 ni memang kecut sikit. Seram seriau je rasanya. Cerita hantu pun aku tak pernah tengok. Apa tah lagi kena kerja sorang-sorang. Dah rasa macam “pak guard” plak.

Aku selak tirai dibilik. Hari semakin gelap. Replika yang aku bina masih ada banyak lagi nak di touch up. Azan dari radio dah menandakan waktu Maghrib. Aku memandang keluar bilik. Nak berjalan ke bilik air pun sunyi. Selalunya tingkat atas ku iaitu tingkat 5, masih lagi ramai yang aktif bekerja. Maklumlah unit pembangunan, kekadang tu sampai berkampung dekat pejabat.

Aku meluru ke tingkat 5 di mana surau di tempatkan. Panjang langkahku apabila angin sejuk menyapa badan. Ku lihat lampu di bilik En.Adam masih lagi bernyala apabila melintasi bilik beliau. Sedikit perasaan lega menguatkan semangatku untuk sambung bekerja selepas ini.

“Aik apsal surau sunyi je ni?” Perasan gerun kembali berlegar-legar. Ternyata tiada siapa yang bekerja lebih masa. Tanpa berlengah aku meneruskan niat untuk menghadap Penciptaku. Selesai Solat Maghrib dan berwirid aku kembali kebilik ku untuk meneruskan kerja. Bunyi mesej dari handphone mengejutkan aku yang sememangnya tengah seram sejuk.
: tak balik lagi ke?
Pesanan ringkas dari Mama ku balas
: hari ini, Adra overtime la Mama
: oh, ok until what time?
: not sure, if lambat sangat, Mama tidur dlu, tak payah tunggu tau.
: balik naik ape?
: I will take a cab. Don’t worry, I’m big girl. :P
: big girl? Hehehe ok take care darling
Aku membalas mesej sambil melangkah menuruni tangga. Tetiba satu kelibat melintas di hadapanku.
“ opocot, one two three” aku melatah
“ eh, Cik Adra kenapa tak balik lagi” sapa Abang Malim selaku pak guard di ofisku. Mungkin dia sedang membuat rondaan.
“Abang Malim ni buat Adra terkejut je.Adra ada keje nak kena siapkan, tu yang stay back”
“Nak Abang Malim temankan, dah takde orang kat ofis ni”
“Mula la tu nak menggatal, tak pe la bang, boss ada lagi kat bilik dia”
“En. Adam ke?”
Aku angguk kecil
“ Eh dia dah balik tadi, hari ni Tan Sri belanja budak-budak unit pembangunan dinner, En. Adam ikut sekali”
“Haaaa??” mulutku ternganga sedikit. Cukup ruang untuk en.lalat singgah.
Ketar badan untuk meneruskan kerja. Namun tetap terpaksa. Aku meminta Abang Malim ronda dengan lebih kerap. Tak terasa sangat aku seorang saja yang tinggal. Dalam hati menyumpah-nyumpah En. Adam, dahla suruh aku siapkan cepat, atleast temankan aku. Kalau ada dua tiga orang yang rakan sekerja tak lah sunyi sangat. Entah bila agaknya dia nak carikan aku pembantu. Atau memang dia saja nak seksa aku selama-lamanya. Dia berdendam dengan aku sebab aku terhimpap kaki dia dengan beg ke? Tak mungkin pulak, dia mana ingat aku.hihihi.

Lagu dari L’ Arc en ciel menjadi mainan MP3 ku. Tu salah satu favourite band aku. Maklumlah duduk lama berlajar di Jepun membuatkan aku sebati dengan budaya dan kesenian Negara itu tapi bak kata Mama, budaya yang baik-baik je kita contohi, yang buruk tu dijadikan teladan. Sepanjang aku disana, aku tidak pernah melupakan akar umbi aku. Lagipun terdapat ramai student Malaysia di sana. So aku tak la kekok untuk bergaul.

Tengah asik ku membuat kerja, ku perasan ada kelibat lalu dari ekor mataku. Lega juga rasanya apabila Abang Malim kerap membuat rondaan. Tidak la terasa sunyi. Tanpa sedari jarum jam pendek di tanganku menunjukkan pukul 1 pagi. Sedikit terperanjat lalu aku mengeluh. Aku mengenakan final touch sebelum mengemaskan barang dan ingin pulang. Esok pagi pasti kena serahkan pada En.Adam. harap-harap dia tak banyak kerenah.

Seminggu pertama aku bekerja, memang rileks sakan, namun bila minggu kedua dan seterusnya hingga kini, memang tak boleh nak bersidai beborak dengan Zara dan Ayu lagi. En. Adam pula memang sangat cerewet. Ada saja yang dia tidak berkenan dengan hasil kerjaku, walaupun Yuwei dari development department telah berpuas hati. Ada sahaja yang disuruh betulkan.

Aku berpaling untuk mengambil beg di mejaku. Dah terlampau lewat sangat ni. Risau pula Mama bising.
“ Opocot” Terkejut besar aku apabila En. Adam terbaring tido di sofa bilikku.
Bila pula lah mamat ni tersadai dekat sini? Mesti dah lama sampai boleh tertidur. Nak pantau aku kerja ke? 
“ En.Adam”  aku bersuara perlahan. Mama kata lagi, kalau nak kejutkan orang perlahan-lahan supaya roh dia tak terkejut dan lari. Semuanya Mama kata..hihihi. Maklumlah parentku kan ke cikgu, so banyak kata-kata mereka yang boleh ku pakai dan pegang hingga kini. Lagipun aku je la anak dia selain anak murid yang dia nak ajar pun.
“En. Adam” sekali lagi aku bersuara apabila panggilan pertamaku tidak bersahut
“En. Adam” Kali ketiga panggilanku masih tidak disahut.
Tidur mati betul mamat ni. Nak aku simbah air ke? Dah la tetiba muncul mengejut disini. Eh, betul ke ini En.Adam. aku mula ragu-ragu. Maklumlah dah lewat malam macam ni, tak mustahil mahluk tu keluar.
“ohh tidak-tidak”  aku beralih mengambil sesuatu di atas mejaku. Lalu kembali semula di sebelah En.Adam.
“ Aduhhhh” En. Adam menjerit kecil.
“Ha, sedar pun” aku ketawa kecil apabila melihat keletah En.Adam yang baru bangun tidur.
“Apa u buat ni” Muka En.Adam mula menyinga
“Nothing” perlahan aku mengundur kebelakang beberapa tapak menjauhi dari Sofa di mana En.Adam berada. Jarum kecil yang berada di tangan, ku sematkan di belakang baju.cepat-cepat. Taku pulak dia spot check aku.
“it’s hurt u know”
Aku tersengih kecil. Dah ku kejut takmo bangun, aku cucuk la hidung dia dengan jarum.
“I do nothing” aku mengulum senyum. Hatiku ketawa kecil.
Muka En.Adam tidak puas hati. Dia mula menghampiri ku. Tiba-tiba aku rasa berdebar-debar.
“ehemm, En.Adam buat apa dekat sini?” aku bersuara apabila langkahnya semakin rapat denganku.
“ha,Pantau u kerja la” Langkahnya terhenti.
“Since bila En.Adam ada dekat sini. Tak sedar saya, lain kali bila nak masuk bilik ni bagi la salam” Sengajaku selit sindiran.Macam bos besar memberi arahan. Mana taknya sesuka hati datang kebilikku tanpaku sedari.. Kalau kena tangkap basah nanti siapa yang susah. Aku jugak. Marah boyfriend aku nanti. Hikhik.
“ Amboi, sejak bila pulak la I kena mintak kelulusan dari staf?” Kan, kan, kan dah kena. Padan muka aku.
“Takde la,bukan ke elok kalau bagi salam. Mana la tau kot-kot saya tengah buat kerja sambil tertonggeng ke, malu la saya kalau En. Adam main serbu masuk je” Ha, lawan balik. Ntah-ntah dia perasaan aku gali bijih tadi. Aishh malunya.
“ I did few time, ye la dengan headphone kat telinga ni, mana nak dengar” En.Adam menarik headphone yang terletak di leherku.
“Really? Saya jawab balik ye, Waalaikumsalam” Aku loyar buruk.
En.Adam mendengus.
“Dah settle semua?” Aku angguk.
“Ok good, tomorrow I nak tengok., now I nak balik, u?”
“me too” Aku mengejar langkah En.Adam berjalan menuju ke lift. Suasana memang teramat sunyi.Terasa sejuk hingga ke tulang.

Sesampai di Lobi aku lihat kereta En.Adam telah tersedia. Dia terus begerak memasuki keretanya dan aku melangkah ke bus station yang terletak 10 meter dari pejabat. Jalan raya pun kelihatan lengang. Kereta Ford Fiesta En.Adam melintasi aku dengan lajunya.
“1.30 pagi?” aku mengeluarkan handphone untuk mendapatkan callcab. Dalam waktu sebegini memang susah untuk mendapat teksi.
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan ku.
“Naik lah” Aku melihat kedalam cermin gerangan suara.
“Ooh En.Adam, eh tak pe la” Pura-pura jual mahal.Padahal kalau dapat tumpang pun ok jugak.Ingatkan tadi dah balik.
“Sure?” Angguk ku perlahan.
Apsal kepala ku boleh angguk pulak.Ish kan dah kena tinggal.Sambil mengomel aku memerhati sekeliling. Terdapat dua orang lelaki sedang menuju ke arahku. Aku bergerak berdiri dibawah tiang lampu. Risau kalau lelaki tersebut akan melakukan sesuatu yang tidak baik. Bukan nak berprasangka buruk, tapi maklumlah dunia kini semakin tidak selamat. Lebih baik berwaspada.

Untuk kali kedua kereta Ford Fiesta Merah itu berhenti di hadapanku. Kali ini En.Adam turun menjemputku. Tanpa berbicara, dia membukakan pintu dan mengarahkan aku masuk ke dalam. Lagaknya macam gentleman tapi air muka macam pak singa nak makan umpan. Risau dengan gangguan lelaki-lelaki yang berada di situ, aku segera meloncat ke dalam perut kereta.

“Jual mahal sangat” Perlahan aku dengar tuturan En.Adam.Tapi aku yakin itu ayat yang dibutirnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment