Bab 4
Terkenang peristiwa di dalam
kereta semalam membuatkan aku tersenyum sendirian. Muka punyalah macho tapi
cover seat “hello kitty”. Puas aku simpan gelak aku. Takut dia perasan aku
ketawakan dia. Walaupun malam gelap pekat macam kopi, tapi setakat seat yang
ada gamba “meow2” tu memang aku boleh cam habis la. Maklumlah “hello kitty”
memang jadi ikon remaja-remaja perempuan di Jepun. Memang glamour gila kartun tu. Walaupun aku tak pernah tengok tapi aku
boleh mengenalinya.
Keluar je kereta termuntah gelak
aku dibuatnya.Nak cakap terima kasih pun semput-semput nafasku Saja ku suruh En.Adam
turunkan aku di hujung lorong, nak elakkan dari jiran-jiran sekeliling mengata.
Anak gadis pulang awal-awal pagi dihantar oleh lelaki memang akan jadi cerita
hot dan sensasi dekat taman aku nanti. Lebih hebat ceritanya pula bila parent
aku tu cikgu. Memang macam sambal belacan la mengancam cerita ni nanti. So
lebih baik aku jaga maruah keluarga. Lagi pun setakat hujung jalan yang tak
sampai 50 meter tu memang takde hal la untuk aku jalan kaki. Walaupun En. Adam
bekeras untuk menghantar aku sampai depan pintu. Takut ada penculik la,
perompak la, perogol la, macam-macam alasan dia. Macam la kat sini takde sekuriti ronda. Kawasan perumahan kami ni
selamat tau.
Aku perasan En Adam pergi sebaik
je aku melangkah masuk dalam gate
rumah. Bertanggung jawab orangnya. Buat hati kecil ku terusik sedikit. “lalala”
hatiku mula bebunga-bunga Sakura.
Setiap hari beginilah rutinku.
Jalan kaki menuju ke bas stop untuk mengambil feeder bus ke stesen lrt yang terdekat. Sebab tu aku kena keluar
awal pagi. Kalau lambat, nanti Pakcik Singa tu mengaum pula. Lagi pun hari ini
aku kena submit model yang aku buat semalam.
“Aulia” Kedengaran satu suara memanggil ku. Aku
toleh kebelakang mencari gerangan suara yang memanggil.
“Aulia Adra”
Bahuku di cuit oleh seseorang. Ku toleh ke jam tangan ku baru
menunjukkan pukul 730 pagi.
“ Eh, En. Adam buat apa kat sini?” terkejut besarku
lihat kelibat En.Adam terpacak dibelakangku.
Tanpa suara dia
memberikan isyarat mengikut langkahnya ke kereta. Aku masih terpinga-pinga. “Apa
pakcik ni nak dengan aku pagi-pagi ni” Kepala yang tidak gatal aku garu.
Di hadapan kereta aku masih
tercegat.
“Masukklah”
“Hurm” aku teragak-agak. Mesti kaya
sangat dia ni kan.
Semalam kereta lain, hari ni kereta lain. Aku nak pakai kereta sebjik pun tak mampu tau. Yang
sebenarnya aku ni takde lesen memandu
pun.hehehe.
“En.Adam” Aku nak memulakan bicara
“semalam tu kereta anak buah i”
“Eh, saya bukan nak tanya pasal kereta
meow tu la” aku sedikit ketawa. Mesti dia risau takut aku ejek dia.
“Saya jelaskan je, jangan nanti
jaja satu ofis yang i ni bawa kereta “hello kitty” pulak, kebetulan i hanta
anak buah saya ke airport semalam.” Panjang pula penjelasannya.
“Eh, En.Adam ini, saya bukan jenis orang
macam tu la” Aku sedikit terkilan. Aku ni suka bersembang je bukan suka menjaja
cerita la.
Suasana diam seketika. Alunan lagu
yang keluar dari radio berkumandang mengiringi suasa tegang seketika.
“ En. Adam ambil saya ni semata-mata
nak cakap pasal ni ke?” aku memandang tepat ke wajahnya yang kusyuk membawa
kereta. Wajahnya berubah terkejut sedikit.
“ Tak perlu risau, bukannya En.Adam
buat salah pun, saya berterima kasih sebab sudi hantar saya pulang
semalam..Buat apalah saya nak menjaja cerita sedangkan saya sendiri pun tak
mampu untuk beli kereta” Aku pula berceloteh panjang. Perasaan terkilan tu
masih ada. Semata-mata taknak terus diketawakan oleh aku, dia sanggup datang
show off kereta lain dekat aku pula.
“Macam2 ragam orang kaya ni kan” ayat tu hanya
meniti di dalam hati aku je.
“Bukan macam tu..” katanya
terberhenti disitu apabila aku mula memotong petuturannya.
“Eh, En.Adam nak bawa saya kemana
ni”
“tu la yang saya nak cakap, awak
dah potong”
Aku tersengih sambil menanti bicara
seterusnya.
“Awak kena ikut saya present pasal
projek Nusajaya tu hari ni”
“What? Why me? Im not a lead cast”
“Something up this morning and
Yuwei have to attend, Tan Sri yang suruh I bawa u”
“But I really know nothing”
“but ur Japanese are excellent rite?”
“Eh tak la” Perasan curiga
mengunjung diri
“ The scorer in a class, live there
for almost 5 years, have been work for corporate sector and the most talented
designer, takkan masih tak excellent?”
“Eh..” Aku betul-betul terkejut.
Macam mana En.Adam tahu, setahu aku,, temuduga pun aku tak sempat masuk. CV pun
aku tak hantar. Macam mana pula boleh dia tahu pasal latar belakang aku ni.
Aku lihat wajah En.Adam mengukir senyuman.
Mahal senyumannya. Tidak pernah ku lihat.Dia mengeluarkan satu file dari kocek
pintu. File tersebut dihulurkan kepada ku.
“Eh,mana En.Adam dapat ni?”
“Tu la, Kelam kabut sangat sampai
benda penting macam ni pun u boleh tertinggal”
Aku mula faham. Ini lah file sijil2
dan CV ku yang tertingal dalam train tempoh hari. Betullah En. Adam gerangan
mamat Lee Dong Wok tu.Aku mengulum senyum.
“Thanks” perlahan tuturku.
Bersyukur sangat sebab mengembalikan semua sijil-sijilku.
Lepas ni aku mesti kena belanja
En.Adam makan. Bak kata mama, orang
berbudi kita berbahasa. Apa salahnya membalas budi orang. Betul tak??
“Jom, mesti dorang dah tunggu”
Kereta BMW X6 color hitam tu berhenti tepat dihadapan Lobi Hotel Istana. Aku
mempercepatkan langkah mengekori En.Adam. Kalau tau hari ini hendak berjumpa
dengan client, aku siap-siap pakai seluar, takla
sempit langkahku. Nak buka langkah
besar pun malu. Maklumlah hari ini aku berkebaya sopan. Stiletto pula 3 Inci,
memang boleh terkehel buku lali kalau jalan macam kingkong.
Selesai
juga perbentangan antara Gemilang Holding dengan beberapa pelabur dari
Jepun.Patutlah nak sangat aku pergi sekali.Rupanya nak jadikan aku translator.
Tu la siapa suruh tak ambil 3 langguage, sekarang dah rugi. Mujurlah aku belajar
dekat sana, kalau
tak memang buta bahasa juga. Orang Jepun memang tidak gemar belajar bahasa
orang lain, mereka sangat mengagunggkan bahasa ibunda mereka. Walaupun
rangkaian business global tapi kemana sahaja mereka pergi, bahasa ibunda
jugalah yang mereka guna. Mereka juga rasa yakin untuk berhubungan dan
berkomunikasi dengan orang luar yang pandai berbicara bahasa Jepun. senang
cerita, dealing tadi sangat berjaya. So aku rasa, aku dah membalas budi En.Adam
sebab jumpa aku punya sijil. Fair la kan?
“Adam” Kaki kami terhenti apabila
ada suara yang memanggil En.Adam.
Aku dan En.Adam menoleh kebelakang.
Tiba-tiba ku rasakan panas.Seakan minyak panas tersimbah dimuka.Macam mana
Mamat ni boleh muncul dekat sini dan pada saat ni. Mana aku nak menyorok.
“Eh Ikhwan” mereka bersalaman. Siap
tepuk-tepuk bahu, macam best buddies
je.
“Cantik Amoi kat sebelah” Ikhwan
mengenyitkan mata kepadaku. Aku memjuih bibir. Betul-betul rasa macam nak sorok
dalam selimut tatkala ini.
“Meet my designer, Aulia..” Belum
sempat En.Adam memperkenalkanku, Ikhwan sudah mencelah
“Aulia Adra??”
“Eh kenal ke?”
“Eh kenal-kenal gitu je, maklumlah
dia ni hot chick dekat sekolah, even
dekat U, orang ramai peminat”
Amboi,
bukan main ek ko Ikhwan. Aku hanya membatukan diri. Tidak berani untuk
mencelah. Risau keluar macam-macam cerita pula dari Ikhwan.
“really? Ko pun salah sorang peminat
dia ke?”
“rugi lah siapa yang tak minat dia”
“kenapa rugi?”
“siapa yang berani hantar surat cinta kat dia,
mesti dia bagi special treatment, rugi
la siapa yang tak mencuba” Sengaja Ikhwan menekan ayat special treatment tu. Memang dia nak cari nahas ni. Mintak-mintak
la En.Adam tak paham.
“Ehem” aku berdeham. Memberi amaran
kepada Ikhwan supaya tidak meneruskan lagi cerita. Matanya ku renung tepat.
Biar dia takut sikit.
“ooo, this girl la yang letak
minyak cap kapak kat kerusi tu?” tersembur ketawa En.Adam. entah bagaimana pula
dia mengetahui cerita itu. Aku mengimbau kembali zaman sekolah. Sememangnya,
aku tidak suka berkawan dengan kaum lelaki. Telah terang-terangan aku kata pada
Ikhwan, namun dia tetap juga ingin meluahkan perasaan kepadaku. Disebabkan dia
telah memeningkan kepalaku, aku tuang satu botol minyak cap kapak atas
kerusinya masa waktu rehat, lepas kelas bermula, tiba-tiba dia terbangun dari
kerusi dan kepanasan. Padan muka.Aku pun padan muka juga, balik rumah kena
rotan dengan mama sebab Cikgu Jamaliah complain dekat dia.
“Dalam air aku pun” Ikhwan ketawa
kuat. Merah menyala mukaku saat ini. Yang kes air tu, memang aku geram sangat
sebab aku kena rotan dengan Mama, sudahnya esok aku tuang lagi sebotol minyak
cap kapak dalam botol air Ikhwan. Dah orang tak nak, takpayah la nak report
dekat cikgu. Geram sungguh rasanya.
Mereka
berdua memandang kearahku sambil ketawa kuat. Benci betul keadaan ini.
Janganlah dia buka cerita yang lain-lain juga. Jatuh air muka aku. Dekat mana
lagi aku nak sorok. Aku dan Ikhwan memang ditakdirkan satu sekolah sehingga la
ke Universiti di bawah program yang sama. Namun aku tidak tahu pula dia
berkawan baik dengan En.Adam.Aku rasa lepas ni makin banyaklah rahsia aku yang
akan dia dedahkan.
“U ni terlampau baik
lah Aulia Adra”
Sengaja En. Adam menekan ayat baik tu.Ada gaya macam ingin membuat serangan mulut. Aku
berdiam diri seketika dan melangkah meninggalkan mereka apabila mereka masih
galak mentertawakan ku. Namun tangan ku di tarik oleh En.Adam.
“Ish pakcik ni, suka-suka hati
tarik aku. Selamat berlengan panjang. Kalau tak dah bersentuh kulit.
Haram-haram…” aku membebel dalam hati.
“ok la, I dah tak ketawa. By the
way, kitorang ni kawan baik perhaps, we are cousin” Selepas menyedari perubahan
air muka ku dia melepaskan tangannya.
“ U still sweet la Lia, dah ada
boyfriend ke sekarang”
Aku menendang hujung kasut Ikhwan.
Oh ye, kawan-kawan sekolah dan Universiti memanggilku dengan nama Aulia atau
lia. Maklumlah nama tu dipermulaan. Geram dan seakan mahu menyimbah minyak cap
kapak je kat Ikhwan ni. Oh tidak, kalau boleh nak simbah mniyak petrol, lebih
besar impaknya. Rajin pula mulutnya bertanya soalan yang tidak relevan tu. Bagi
aku pula perkataan boyfriend tu tidak
muncul dalam kamus hidup. Aku lebih selesa berseorangan. Tidak memeningkan
kepala. Boleh buat apa sahaja yang aku suka.
“Boyfriend? Ada ke orang nak dekat dia?” En.Adam pula
menambah color merah dipipi aku. Muka ku kali ini merah menyala. Buku nota
kecil yang berada di tangan ku kipas ke muka. Terasa panas.
“ok2 just kidding” En Adam dan
Ikhwan ingin tergelak tapi mereka cuba mengawal suara apabila lihat
aku sekali lagi ingin membuka langkah.
“ Tu la, aku nak dulu jual mahal
sangat”
Kali ni laju je tangan aku menyiku
perut Ikhwan. Ikhwan menahan senak. Memang dari dulu dia suka sangat menyakat
aku. Sehari dia tidak membuli aku agaknya hidup tidak tenteram . Setiap kali
jumpa mesti berbalah. Agaknya keturunan dorang
ni memang dari suku sakat pembuli kot, sebab bukan Ikhwan je macam tu, En.
Adam pun sama. Aku ingatkan habis belajar dunia aku jadi aman, tidak sangka
pula jumpa lagi disini.
“Ok la Adam, nanti senang aku
singgah office kau, kirim salam dengan Pak Ngah dan Mak Ngah ye”
“bye sweety” sempat lagi Ikhwan
mengenyit matanya. Aku membalas dengan jelingan. Aku memandang kearah En. Adam
yang dari tadi memerhatikan lagatku. Kelat semula air mukanya. Tadi bukan main
gelakkan aku, tiba-tiba sekarang dah kelat. Jantungku berdegup laju tatkala dia
menunduk sedikit dan muka nya didekatkan ke mukaku. Matanya tepat memandang ke
dalam anak mataku. Hidungku kembang kecut, nafasnya pun boleh ku rasa.Memang
hampir sangat. Kalau aku silap gerak maunya
terlega hidung.
Keningku sengaja ku jongketkan.
“why?” Aku mengundur sedikit.
Tanganku mula berpeluh-peluh.
“ hurm..u ada hati dengan Ikhwan
ke?”
What?
Ikhwan? Eeuu.aku ingatkan apa la tadi
Giliran aku pula menyembur tawa.
Tidak sangka pula jawapan soalan ini yang En.Adam ingin dari aku.
“Ada hati ke?” Sekali lagi soalan itu
diutarakan.
Aku mendiamkan diri dan melangkah
kaki sambil membiarkan En.Adam dalam keadaan tertanya.
“Adra” Jeritan kecil itu cukup
membuatkan langkah ku terhenti.
“Answer me”
“Is it related to work
En.Adam?”
Diam
Setelah tiada jawapan aku terus
menuju ke parker dan kemudian di ikuti En.Adam. Pelbagai persoalan muncul di
dalam benakku. Namun aku biarkan masa yang menyelesaikkannya. Dalam perjalanan
pulang suasan hening dan tegang. Senyuman yang En. Adam lemparkan pagi ini pun
tidak muncul-muncul semula.
Tak paham la.







0 comments:
Post a Comment