Container Icon

Tiga Saat Bab 2

Bab 2
             “ Adra hari ni tolong jaga papa ye, mama nak ke bank ada urusan” aku hanya angguk tanda setuju. Ku lihat papa sedang melayan cerita Hindustan di televisyen. Papa dan Mama memang hantu Hndustan. Kalau boleh dulu mereka nak letak nama aku Dimple sebab kemaruk dengan heroin cerita Bobby. Kebetulan pulak, aku ni ada lesung pipit. Kononnya memang sesuai sangatla nama tu. Nasib baik dibantah keras oleh arwah tok ayah. Kalau tak memang jadi bahan gelak seumur hidup la aku ni. “thanks tok ayah for saving your hunnybunny life, moga tok ayah sejahtera di sana.amin”

            Aku merapatkan diri ke papa. Ku tenung matanya. Entah kali keberapa simpati muncul dalam diri. Siapa yang tidak pilu bila melihat keadaan orang tuanya yang begitu. Lagi-lagi akulah satu-satunya anak mereka. Keadaan papa beransur pulih sejak 5 bulan lalu. Kini papa dah boleh duduk dengan bantuan. Papa cuba untuk berbicara, namun masih kurang difahami. Hanya anggukan dan gelengan kepala sahaja yang menjadi medium komunikasi antara kami. Mama banyak bersusah payah untuk kami sekeluarga. Bak pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
“Allah tidak akan berikan seseorang itu dugaan jika dia tidak boleh mengatasinya”  Itulah yang sering diperkatakan oleh Puan Aisha aka mama. Aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepada keluargaku. Semua yang ditakdirkan ada hikmah disebaliknya. Ianya mengajar kita untuk lebih sayang menyayangi antara satu sama lain.

            Bunyi horn motor abang posmen membuatkan aku berlari ke hadapan rumah. Teruja dengan surat yang bakal diterima. Walaupun hakikatnya ku pasti surat itu bukan untuk ku. Ya la kan, baru balik Malaysia 5 bulan, tiada apa-apa yang aku lakukan selain terperap di rumah dan mengajar tuisyen untuk student mama setiap hari isnin, rabu dan khamis. So tak akan ada apa-apa sebab untuk ku terima sepucuk surat. Kecuali pelajar-pelajar Mama yang hantar surat cinta.hehehe…
“Cik Aulia Adra?” Posmen menghulurkan sepucuk surat kepadaku.
“sign sini ye” sambungya usai aku masih terpaku.
“terima kasih abang posmen” aku mengenyit mata. Tersengih abang tu berlalu pergi. Sekali-sekala buat seseorang insan lain berasa gembira apa salahnya. Biarkan dunia ini diwarnai dengan warna pelangi. Baru la aman. Aku membelek-belek surat yang baru diterima. P & C. semakin teruja aku membukanya.

            Aku tergumam lalu terduduk disebelah Papa.Berkali-kali aku memandang bait-bait kata surat tersebut. Nama yang tertera aku pasti betul milikku. Aku dipanggil bekerja di Gemilang Holding. Tidak tahu apa yang harusku ekpresikan. Seronok, teruja, hairan, terkejut. Pakej all in one la. Aku akan mula bekerja pada 1 Mac nanti.
“Pa, Adra dah dapat kerja” Ku cium pipi Papa.Tidak sabar untuk maklumkan kepada Mama. Mama pasti akan melonjak kegembiraan. Yang pastinya mama tidak perlu membelikan surat khabar untuk ku telek kerja kosong lagi. Dan untuk cik Jobstreet, perkhidmatan anda tamat disini.

            Tetiba perasaan berdebar-debar menyelubungi diri. Terfikir bagaimana aku dapat jawatan tersebut sedangkan aku tidak di temuduga. Namun sikap positif yang ada dalam diriku membuatkan hati kembali tenang dan gembira. Mungkin ini lah suratan. Rezeki ayam nampak di kaki rezeki manusia hanya Tuhan saja yang tahu. Walau apapun aku bersyukur kepadamu ya Allah.

************************************************************************

            Ku betulkan blouse hitam yang kupadankan dengan skirt labuh berwarna kuning. Bagiku tanpak cantik dan sopan. Mama kata kita pergi untuk mencari rezeki, biarla pakaian itu sopan dan selesa. Namun ku lihat ada mata-mata di pejabat Gemilang Holding itu memandangku macam hantu kak limah.Sekali lagi aku perbetulkan blouse dan beg tangan yang mama hadiahkan. Masih lagi di pandang. Aku perbetulkan pula selendang berbunga halus berwarna putih kekuningan.
“apa masalah orang kat pejabat ni” Hati ku geram dengan pandangan mereka. Aku memberanikan diri menghampiri wanita receptionist yang sama seperti tempoh hari. Ayu sangat ramah orangnya. Tidak lokek dengan senyuman. Aku semakin selesa.
“Maaf ye cik Ayu, baju saya ni kolot sangat ke?”
Ku lihat ayu memerhatikan aku atas dan bawah. Kemudian dia tersenyum.
“eh, tak ada la”
“habis tu kenapa semua yang lalu di sini pandang macam saya ni hantu kak limah”
Belum pun sempat Ayu nak bersuara, suasana menjadi tegang.
“ 1st day in the office, your attire are zero” Satu suara lantang keluar dari belakangku.
“ Look at down here”
Aku memandang kearah kakiku. Aku terbatuk-batuk sampai tersedak. Nak ketawa, takut di marahi, patutlah semua yang lalu pandangku semacam, rupanya atas dah tip top tapi part stilettoku tu yang failed. Sebelah merah sebelah peach. Macam mana la boleh aku tak perasan. Perasan malu berlumba-lumba menempek di mukaku.

“come to my office” aku hanya menurut kata lelaki tersebut. Semasa aku menunggu tadi, Ayu ada brief serba sedikit berkaitan hal gemilang holding. Katanya pengarah di department aku seorang lelaki muda dan merupakan anak kepada pemilik Gemilang Holding. Mungkin lelaki yang menegurnya itulah pengarahnya. Seakan pernah kulihat. Namun aku tidak ingat dimana.

“have a seat”  Serius suaranya
Seorang wanita masuk membawa dulang yang berisi air.
“This is my secretary Zara, if u need further assist don’t hesitate to ask her. She very good at her job” 
Zara bersalaman denganku. Lagaknya persis supermodel, jelingannya tajam sekali. Bibirnya yang seksi amat memukau. Namun bagiku, wanita sebegini sudah biasa sangat ku jumpa. Maklumlah menetap di Jepun selama 6 tahun banyak ilmu yang kutip dan pelbagai ragam yang ku jumpa. Cantik, seksi, bergaya, semuanya ada. Jepun kan kota fesyen dunia. Walau bagaimana sekalipun pemakaian mereka, sikap terhadap kerja memang cukup excellent. Pantas dan cekap. Sikap mereka perlu dipuji.

“You may start your work, zara please show her room”
Aku masih terpaku berdiri. Ada beberapa soalan yang inginku tanya, namun sejak dari tadi hanya lelaki itu yang bersuara. Ku toleh ke arah papan nama di atas meja lelaki tersebut. Adam Qusyairi, Creative Director. Pasti dan Sohih, dia lah ketua departmentku.
“Anything else?” Suara Adam mengejutkanku.
“Hurm.. no ..nothing, nice to meet u Mr Adam” Aku cuba beramah. Ku lihat Adam hanya membisu dan berlagak biasa.
“Eksyen” perlahan aku bersuara.
“Ehem, anything?”
“ Nice view” aku mempercepatkan langkah menuruti Zara. Risau dipersoal dengan lebih banyak.
“Nice view??” Adam menggeleng.

“Ok Cik Aulia or Adra? What should I call u?”
“ just Adra”
“ ok Cik Adra, this department hanya ada a few staf, actually department ni baru ditubuhkan disebabkan beberapa projek yang baru diambil alih oleh Gemilang Holding, As u know the director adalah En. Adam, and you have no assistant, or no co-worker. U just work alone”
“a few staff mean 2 of us?” aku kebingungan.
“ macam En. Adam katakan, u boleh mintak bantuan dari I, i akan tolong apa-apa yang patut, u also boleh guna any kemudahan here”
“ Apa sebenarnya yang perlu saya lakukan? Sebab dari tadi En. Adam tak brief anything relating to my job”
Zara tersenyum melihat gadis yang tanpak lurus didepannya. Teringat zamanya ketika mula bekerja di Gemilang Holding 8 tahun lepas. Habis belajar terus dia dapat tawaran dari Gemilang Holding sebagai setiausaha gara-gara Pakciknya merupakan kenalan Tan Sri. Kalau tidak disebakan pakciknya belum tentu dia selesa dengan kehidupan mewahnya kini.
“Cik Adra, tidak perlu risau, nanti dia akan maklumkan” Zara meninggalkannya bersendirian di dalam bilik.
Ku lihat keliling bilik yang tanpak kosong itu. Bilik yang sederhana besar itu lengkap dengan pelbagai peralatan. Televisyen pun tersedia. Memang mereka nak suruh aku layan telenovela kot.Hehehe.

“Assalamualaikum” Satu suara muncul diluar pintu.
“walaikumsalam” Aku bangun untuk melihat kelibat empunya suara
“Eh Tan Sri, kenapa tak call Zara dulu” Ku dengar suara Zara diluar pintu.
Pintu itu dikuak dan tahula ku kini CEO Gemilang Holding berdiri dihadapanku.
“Tan Sri, this is Ms Aulia Adra and Ms Adra, this is our CEO Tan Sri Qaliff” Zara berprotokol.
“owh this is Adra, nice to meet u” Lelaki sebaya papa itu tersenyum sambil menghulur tangan.
“ Nice to meet U Tan Sri” Aku meletakkan tangan ke dada dan tunduk tanda hormat. Ku lihat Tan Sri memahami lalu tersenyum.
“I heard a lot about u, very sweet girl” Tan Sri Qaliff tersenyum. Aku makin keliru. Bagaimana boleh Tan Sri mengenaliku, sedangkan aku langsung tidak mengenalinya. Ini adalah kali pertama kami bersua muka.
“Eh Papa buat apa kat sini?” En. Adam tiba-tiba muncul.
La, boleh cakap melayu rupanya, ingatkan dah buta bahasa.Yang semua duk berkumpul kat bilik aku ni kenapa? Sesi suai kenal ke? Aku makin konfius. Namun ku maniskan muka semanis-manisnya.
“ye, just walk around and meet my new staff”
Ku lihat wajah En. Adam yang kurang selesa dengan kehadiran Tan Sri disini.
“Ok Adra, welcome to Gemilang Holding and hope u can bring such a wonderful success to us” Sejuk aku melihat wajah Tan Sri apabila berkata begitu.
“Jom Zara, tinggalkan mereka berdua, ada bau jeles kat sini” Ayat itu sangat mencurigakan. Apa yang berlaku disini sebenarnya. Ku lihat wajah Tan Sri dan Zara yang tersenyum nakal meninggalkan kami berdua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga saat Bab 1



Bab 1

            “ Tunggu” aku menjerit sekuat hati. Aku tak boleh ketingglan train, kalau tak memang tak sempat aku nak ke temuduga hari ini. Mama pula mesti cari point nak berleter kat aku sepanjang hari. “aishh” aku mengeluh sambil mempercepatkan langkahku membolos diri kedalam perut lrt, namun beg yang ku kendong tersepit antara kedua-dua belah pintu tersebut menyebabkan pintu itu terbuka semula. Aku tersenyum kambing dengan orang disekeliling. Sah-sah ada yang menyumpahku kerana melewatkan perjalanan mereka. Aku menyelit antara himpunan manusia itu sambil mata kutuju hanya kelantai lrt. Malu masih membaluti diri.
            “ramai pulak umat hari ni” aku mengomel.
            “ehem” ku mendongak tegak kehadapan mencari suara yang berdehem tadi. Namun tiada siapa yang boleh ku syak empunya suara. Ku tenung makcik yang berdiri disebelah yang tersenguk –senguk berdiri sambil terlelap beberapa ketika.
“dia ke?” aku menggeleng. Tak mungkin makcik disebelahku. Suara itu berdehem sekali lagi, kali ni dengan lebih keras. Aku memandang ke sebelah kanan pula. Hanya ada cermin tingkap. Kali ini aku lihat penumpang yang duduk dihadapan ku..
            “dia ke?” desus hatiku
            “ iye saya, tu..” lelaki itu menunding jari ke arah kaki ku.
Aku tidak terus menoleh kearah yang ditujukan lelaki itu.Pagi-pagi macam ini wajahnya membuatkan hatiku bergerutu. Mata lelaki tersebut masih tertutup. Wajah persis Lee Dong Wok tu menyebabkan aku masih kaku memandangnye. “aishh, semua mamat yang handsome mesti aku nak samakan dengan oppa, tidak tidak” aku tersengih sendiri.
Ku rasakan ujung baju kurungku di kuis oleh seseorang. Tanpa suara, mata yang tertutup dan kepala yang melentok ke dinding, lelaki tadi memberi isyarat ke lantai sekali lagi.
            “oma, so sorry” aku mengalihkan beg sandangku yang menghimpap ke kaki lelaki tersebut. Patutla dia bagi warning berkali-kali.Aku malu sendiri. Beg tersebut ku tarik rapat ke dada. Maklumlah, keadaan train yang sendat dengan manusia tu menyebabkan aku terpaksa meletakkan beg sandangku kebawah. Lagi pun sebelah talinya dah terputus sebab aku tarik masa tersepit di pintu tadi.
            Suasana yang bising itu mula berkurangan apabila melepasi stesyen Masjid Jamek. Pastinya ramai penumpang yang turun di perhentian itu. Beberapa kerusi mula kelihatan kosong. Namun aku lebih suka berdiri. Lagi pun hanya dua stesyen je lagi untuk sampai KLCC. Aku membelek-belek beg Louis Vuittonku yang berusia 5 tahun. Tak sangka tidak lama lagi perkhidmatannya akan diberhentikan. Fail yang berisi resume dan sijil-sijil ku keluarkan dari perut beg tersebut.. Aku lihat sekali lagi bagi memastikan segala yang diperlukan ada dibawa bersama.
           
: dah sampai ke?
Mesej dari  mama ku balas segera
: Almost. Wish me luck ma.
: ok dear, good luck and take care

Telefon HTC ku simpan kembali ke dalam kocek baju.Aku beralih ke depan pintu sejurus mendengar announcement stesyen KLCC. Ku toleh ke arah jam yang menunjukkan hampir 9 pagi. Sebaik pintu lrt tu terbuka aku berlari anak. Hampir-hampir aku tersungkur di anak tangga gara-gara nak cepat. Namun sebagai insan terpilih hari ini, aku rasa Allah dah takdirkan urusan aku di permudahkan. Amin.mudah-mudahan.

“Cik ada bawa sijil yang original?” Wanita berusia awal 20an itu bersuara. Sesampai di Gemilang Holding, aku terus ke meja receptionist melaporkan diri. Namun apabila wanita itu mengemukakan permintaan, menyebabkan aku kalut.

“Saya bawa tadi, tapi..” berkali-kali perut beg sandangku geledah. Namun fail yang berisi semua sijilku itu tidak kelihatan.
“Aduhhh” aku menyalahkan diri kerana kecuaian sendiri. Kalau aku tau tadi lebih baik aku biarkan je fail tu dalam beg. Tak payah sibuk-sibuk nak semak lepas tu tertinggal dalam train.
“ Bencinye…” aku mengetip gigi.
“maaf la cik, saya tertinggal fail saya dalam train” Hampa
“Macam ni la, cik boleh masuk untuk temuduga, tapi tanpa bawa sebarang sijil atau CV berkemungkinan…..” wanita itu berhenti sebentar.
“Tak pe la, saya faham” intonasi wanita itu sudah jelas menyatakan kemungkinan aku tidak akan terpilih kerana,tiada bukti yang menunjukkan segala kelayakkan ku. Aku juga boleh di anggap penipu.Sekali lagi hampa.
“bukan apa cik, sijil tu amat penting untuk pihak kami menilai cik”
“well, bukan rezeki saya, terima kasih” aku melangkah keluar dari pejabat tersebut. Mana akan ku dapat semula segala sijil yang diperolehi. Sijil peperiksaan tu, boleh di cetak semula dari pihak Institusi atau Majlis Peperiksaan, tapi bagaimanapula dengan sijil-sijil aktiviti.
“Arghh, menyesakkan” Langkah ku longlai tanpa hala tuju. Kalau tadi rancangan selepas selesai temuduga aku ingin membeli belah, namun sekarang segalanya terbatal.

            Pada mulanya aku pun tidak berminat untuk bekerja di Malaysia, aku lebih suka terus bekerja di Jepun setelah tamat pembelajaran. Namun apabila papa sakit stroke, aku terpanggil untuk pulang ke Malaysia. Mama terpaksa berhenti kerja untuk menjaga papa di rumah dan aku bukanlah dari keluarga yang mewah. Papa dan Mamaku, kedua-duanya tenaga pengajar. Papa mengajar subjek matematik manakala mama pula cikgu bahasa Inggeris. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun atas biasiswa yang diberi JPA. Kalau tidak, aku pasti tidak dapat menjejakkan kaki ke Negara matahari terbit tersebut.

            Walaupun temuduga hari ini tidak menjamin pekerjaan kepada ku, tapi peluang yang datang telahku sia-siakan. Pasti mama kecewa dengan sikap ku yang cuai. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menenangkan hati yang kecewa.

“help, help” satu suara merjerit tiba-tiba. kelihatan seorang  wanita sebaya mama berlari kehulu hilir seaakan mencari sesuatu. Di satu sudut lain aku lihat beberapa orang menghampiri seorang kanak-kanak yang terbaring di lantai Namun situasa menjadi semakin kelam kabut, apabila wanita tersebut pula seakan ingin pengsan. Mereka yang mengerumuni wanita itu berpandangan sesama sendiri. Tidak paham butiran yang keluar dari mulut wanita itu.
Aku rasa terpanggil untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat.
“Watashi no musume ga totsuzen ishiki fumei, tasuketekudasai”
“help please” sekali lagi wanita itu bersuara.
“any doctor here?”  aku menyampuk.
“her daughter suddenly unconscious, please bring medic team” aku mengarahkan pengawal keselamatan untuk menghubungi pasukan perubatan. Ku lihat wajah wanita Jepun itu pucat. Mungkin tahap risau yang tinggi terhadap kesihatan anaknya.

“did she get any symptom this morning?” satu suara muncul dicelah-celah himpunan orang ramai itu
“please give her some air”  lelaki itu mengarahkan orang ramai agar tidak berkumpul disekeliling mangsa.
“No, she is in good condition”  aku membantu wanita jepun itu berkomunikasi. Dari pemerhatianku, lelaki tersebut bukan orang Malaysia.  Dari raut wajah seakan kacukan Cina, mat salleh. Erti kata lain omputih. Bunyi siren yang membingit menandakan pasukan perubatan sudah tiba. Aku menghela nafas lega. Sedikit sebanyak dapat membantu.Lelaki kacukan tadi mengiringi wanita tersebut. Mungkin ada naluri membantunya tinggi. Maklumlah kerjaya doctor selalunya mempunyai sifat-sifat sebegini. Ku tenung langit yang kian berawan, warna menjadi semakin gelap. Aku mempercepatkan langkahku sebelum hujan membasahi bumi. Tapi ye ke hujan akan turun? Mendung tak bererti hari akan hujan kan?
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga Saat Prolog

Pernah tak korang jatuh cinta pada pada pandangan pertama? dan pandangan itu hanya 3 saat je? Apa yang korang boleh ingat dalam masa 3 saat? Boleh ingat tak wajah orang tu? Boleh ingat tak baju apa yang dia pakai masa tu? Barang apa yang dia bawa? Rasa macam mustahil kan? kecuali la korang memang mempunyai daya ingatan yang betul-betul tahap tinggi dan sangat mengkagumkan. Atau memang orang tu sudah ditakdirkan menjadi jodoh korang.


"Kadangkala Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"
Mungkin pelangi yang korang tunggu-tunggu tu adalah orang yang korang jumpa dalam masa 3 saat. Semuanya tidak mustahil berlaku kerana tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa.


Sebagai insan yang lemah, kekadang kita lupa dengan takdir yang ditetapkan kepada kita. Kita selalu mencari sesuatu yang membahagiakan dengan jalan yang mudah. Kita tidak pernah berfikir untuk dapatkan sesuatu yang berharga itu perlulah melalui pelbagai rintangan. Bak kata orang, yang mahal itu berkualiti, betul ke? Kenapa benda tu mahal? sudah tentulah kerana kualitinya. Kenapa benda itu berkualiti? sudah tentulah kerana ketelitian semasa pembuatannya. Begitu jugalah dengan cinta. Lagi banyak rintanganya, lagi mendalam cinta kita. Betul ke? Tepuk dada tanyalah Sang Hati.


Cinta datang kepada Adra hanya dalam 3 saat, semuanya tidak diduga. Dia juga tidak menyangka pertemuan dia dengan seorang lelaki di dalam lrt merupakan titik permulaan satu hubungan cinta yang sangat suci. Seorang gadis yang berhati tulus dengan seorang lelaki yang berhati batu dan keras kepala. Dari kehidupan hariannya yang sangat ringkas menjadi kompleks gara-gara si pengejar cintanya yang sangat merumitkan.


Bagi Adam, tiada cinta dalam kamus hidupnya. Perkataan cinta amat merimaskan. Dia suka hidup bebas tanpa sekatan dari sesiapa pun. Namun 3 saat yang muncul dalam hidupnya secara kebetulan menjadikan dia pengejar cinta seorang gadis. Pelbagai kejadian mula muncul dalam hidupnya. Pelbagai perasaan juga mula bersarang. Dia mula mengenali dan memahami cinta. Untuk Adam, jika Adra ditakdirkan untuknya pasti Allah memudahkan jalan itu.


Bahagiakah cinta pandang pertama antara Adra dan Adam? Benarkah cinta 3 saat boleh menyatukan dua hati yang jahil tentang cinta? Sejauh manakah cinta itu terus utuh dan bersatu? Jom sama-sama kita merungkainya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah

Alhamdulillah, lama dah rasenye hasrat hati ni nak buat personal blog, tp kekangan masa tu tak mengizinkan sy nak berbloging..hehehe. blog ni sebenarnya juz nak share moment, info or knowledge , and my truly purpose is to share my karya. So Selamat Datang~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS