Pernah tak korang jatuh cinta pada pada pandangan pertama? dan pandangan itu hanya 3 saat je? Apa yang korang boleh ingat dalam masa 3 saat? Boleh ingat tak wajah orang tu? Boleh ingat tak baju apa yang dia pakai masa tu? Barang apa yang dia bawa? Rasa macam mustahil kan? kecuali la korang memang mempunyai daya ingatan yang betul-betul tahap tinggi dan sangat mengkagumkan. Atau memang orang tu sudah ditakdirkan menjadi jodoh korang.
"Kadangkala Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"
Mungkin pelangi yang korang tunggu-tunggu tu adalah orang yang korang jumpa dalam masa 3 saat. Semuanya tidak mustahil berlaku kerana tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa.
Cinta datang kepada Adra hanya dalam 3 saat, semuanya tidak diduga. Dia juga tidak menyangka pertemuan dia dengan seorang lelaki di dalam lrt merupakan titik permulaan satu hubungan cinta yang sangat suci. Seorang gadis yang berhati tulus dengan seorang lelaki yang berhati batu dan keras kepala. Dari kehidupan hariannya yang sangat ringkas menjadi kompleks gara-gara si pengejar cintanya yang sangat merumitkan.
Bagi Adam, tiada cinta dalam kamus hidupnya. Perkataan cinta amat merimaskan. Dia suka hidup bebas tanpa sekatan dari sesiapa pun. Namun 3 saat yang muncul dalam hidupnya secara kebetulan menjadikan dia pengejar cinta seorang gadis. Pelbagai kejadian mula muncul dalam hidupnya. Pelbagai perasaan juga mula bersarang. Dia mula mengenali dan memahami cinta. Untuk Adam, jika Adra ditakdirkan untuknya pasti Allah memudahkan jalan itu.
Bahagiakah cinta pandang pertama antara Adra dan Adam? Benarkah cinta 3 saat boleh menyatukan dua hati yang jahil tentang cinta? Sejauh manakah cinta itu terus utuh dan bersatu? Jom sama-sama kita merungkainya..







0 comments:
Post a Comment