Bab 2
“
Adra hari ni tolong jaga papa ye, mama nak ke bank ada urusan” aku hanya angguk
tanda setuju. Ku lihat papa sedang melayan cerita Hindustan
di televisyen. Papa dan Mama memang hantu Hndustan. Kalau boleh dulu mereka nak
letak nama aku Dimple sebab kemaruk dengan heroin cerita Bobby. Kebetulan
pulak, aku ni ada lesung pipit. Kononnya memang sesuai sangatla nama tu. Nasib
baik dibantah keras oleh arwah tok ayah. Kalau tak memang jadi bahan gelak
seumur hidup la aku ni. “thanks tok ayah for saving your hunnybunny life, moga
tok ayah sejahtera di sana.amin”
Aku
merapatkan diri ke papa. Ku tenung matanya. Entah kali keberapa simpati muncul
dalam diri. Siapa yang tidak pilu bila melihat keadaan orang tuanya yang
begitu. Lagi-lagi akulah satu-satunya anak mereka. Keadaan papa beransur pulih
sejak 5 bulan lalu. Kini papa dah boleh duduk dengan bantuan. Papa cuba
untuk berbicara, namun masih kurang difahami. Hanya anggukan dan gelengan
kepala sahaja yang menjadi medium komunikasi antara kami. Mama banyak bersusah
payah untuk kami sekeluarga. Bak pepatah, bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian.
“Allah tidak akan berikan seseorang
itu dugaan jika dia tidak boleh mengatasinya”
Itulah yang sering diperkatakan oleh Puan Aisha aka mama. Aku bersyukur
dengan apa yang dikurniakan Allah kepada keluargaku. Semua yang ditakdirkan ada
hikmah disebaliknya. Ianya mengajar kita untuk lebih sayang menyayangi antara
satu sama lain.
Bunyi
horn motor abang posmen membuatkan aku berlari ke hadapan rumah. Teruja dengan surat yang bakal diterima.
Walaupun hakikatnya ku pasti surat
itu bukan untuk ku. Ya la kan, baru balik Malaysia
5 bulan, tiada apa-apa yang aku lakukan selain terperap di rumah dan mengajar
tuisyen untuk student mama setiap hari isnin, rabu dan khamis. So tak akan ada
apa-apa sebab untuk ku terima sepucuk surat.
Kecuali pelajar-pelajar Mama yang hantar surat
cinta.hehehe…
“Cik Aulia Adra?” Posmen
menghulurkan sepucuk surat
kepadaku.
“sign sini ye” sambungya usai aku
masih terpaku.
“terima kasih abang posmen” aku
mengenyit mata. Tersengih abang tu berlalu pergi. Sekali-sekala buat seseorang insan
lain berasa gembira apa salahnya. Biarkan dunia ini diwarnai dengan warna
pelangi. Baru la aman. Aku membelek-belek surat
yang baru diterima. P & C. semakin teruja aku membukanya.
Aku
tergumam lalu terduduk disebelah Papa.Berkali-kali aku memandang bait-bait kata
surat tersebut.
Nama yang tertera aku pasti betul milikku. Aku dipanggil bekerja di Gemilang
Holding. Tidak tahu apa yang harusku ekpresikan. Seronok, teruja, hairan,
terkejut. Pakej all in one la. Aku akan mula bekerja pada 1 Mac nanti.
“Pa, Adra dah dapat kerja” Ku cium
pipi Papa.Tidak sabar untuk maklumkan kepada Mama. Mama pasti akan melonjak
kegembiraan. Yang pastinya mama tidak perlu membelikan surat khabar untuk ku telek kerja kosong
lagi. Dan untuk cik Jobstreet, perkhidmatan anda tamat disini.
Tetiba
perasaan berdebar-debar menyelubungi diri. Terfikir bagaimana aku dapat jawatan
tersebut sedangkan aku tidak di temuduga. Namun sikap positif yang ada dalam
diriku membuatkan hati kembali tenang dan gembira. Mungkin ini lah suratan.
Rezeki ayam nampak di kaki rezeki manusia hanya Tuhan saja yang tahu. Walau
apapun aku bersyukur kepadamu ya Allah.
************************************************************************
Ku
betulkan blouse hitam yang kupadankan dengan skirt labuh berwarna kuning.
Bagiku tanpak cantik dan sopan. Mama kata kita pergi untuk mencari rezeki,
biarla pakaian itu sopan dan selesa. Namun ku lihat ada mata-mata di pejabat
Gemilang Holding itu memandangku macam hantu kak limah.Sekali lagi aku
perbetulkan blouse dan beg tangan yang mama hadiahkan. Masih lagi di pandang.
Aku perbetulkan pula selendang berbunga halus berwarna putih kekuningan.
“apa masalah orang kat pejabat ni”
Hati ku geram dengan pandangan mereka. Aku memberanikan diri menghampiri wanita
receptionist yang sama seperti tempoh hari. Ayu sangat ramah orangnya. Tidak
lokek dengan senyuman. Aku semakin selesa.
“Maaf ye cik Ayu, baju saya ni
kolot sangat ke?”
Ku lihat ayu memerhatikan aku atas
dan bawah. Kemudian dia tersenyum.
“eh, tak ada la”
“habis tu kenapa semua yang lalu di
sini pandang macam saya ni hantu kak limah”
Belum pun sempat Ayu nak bersuara,
suasana menjadi tegang.
“ 1st day in the office,
your attire are zero” Satu suara lantang keluar dari belakangku.
“ Look at down here”
Aku memandang kearah kakiku. Aku
terbatuk-batuk sampai tersedak. Nak ketawa, takut di marahi, patutlah semua
yang lalu pandangku semacam, rupanya atas dah tip top tapi part stilettoku tu
yang failed. Sebelah merah sebelah peach. Macam mana la boleh aku tak perasan.
Perasan malu berlumba-lumba menempek di mukaku.
“come to my office” aku hanya
menurut kata lelaki tersebut. Semasa aku menunggu tadi, Ayu ada brief serba
sedikit berkaitan hal gemilang holding. Katanya pengarah di department aku
seorang lelaki muda dan merupakan anak kepada pemilik Gemilang Holding. Mungkin
lelaki yang menegurnya itulah pengarahnya. Seakan pernah kulihat. Namun aku
tidak ingat dimana.
“have a seat” Serius suaranya
Seorang wanita masuk membawa dulang
yang berisi air.
“This is my secretary Zara, if u
need further assist don’t hesitate to ask her. She very good at her job”
Zara bersalaman denganku. Lagaknya
persis supermodel, jelingannya tajam sekali. Bibirnya yang seksi amat memukau.
Namun bagiku, wanita sebegini sudah biasa sangat ku jumpa. Maklumlah menetap di
Jepun selama 6 tahun banyak ilmu yang kutip dan pelbagai ragam yang ku jumpa.
Cantik, seksi, bergaya, semuanya ada. Jepun kan
kota fesyen
dunia. Walau bagaimana sekalipun pemakaian mereka, sikap terhadap kerja memang
cukup excellent. Pantas dan cekap. Sikap mereka perlu dipuji.
“You may start your work, zara
please show her room”
Aku masih terpaku berdiri. Ada beberapa soalan yang
inginku tanya, namun sejak dari tadi hanya lelaki itu yang bersuara. Ku toleh
ke arah papan nama di atas meja lelaki tersebut. Adam Qusyairi, Creative
Director. Pasti dan Sohih, dia lah ketua departmentku.
“Anything else?” Suara Adam
mengejutkanku.
“Hurm.. no ..nothing, nice to meet
u Mr Adam” Aku cuba
beramah. Ku lihat Adam hanya membisu dan berlagak biasa.
“Eksyen” perlahan aku bersuara.
“Ehem, anything?”
“ Nice view” aku mempercepatkan
langkah menuruti Zara. Risau dipersoal dengan lebih banyak.
“Nice view??” Adam menggeleng.
“Ok Cik Aulia or Adra? What
should I call u?”
“ just Adra”
“ ok Cik Adra, this department
hanya ada a few staf, actually department ni baru ditubuhkan disebabkan
beberapa projek yang baru diambil alih oleh Gemilang Holding, As u know the
director adalah En. Adam, and you have no assistant, or no co-worker. U just
work alone”
“a few staff mean 2 of us?” aku
kebingungan.
“ macam En. Adam katakan, u boleh
mintak bantuan dari I, i akan tolong apa-apa yang patut, u also boleh guna any
kemudahan here”
“ Apa sebenarnya yang perlu saya
lakukan? Sebab dari tadi En. Adam tak brief anything relating to my job”
Zara tersenyum melihat gadis yang
tanpak lurus didepannya. Teringat zamanya ketika mula bekerja di Gemilang
Holding 8 tahun lepas. Habis belajar terus dia dapat tawaran dari Gemilang
Holding sebagai setiausaha gara-gara Pakciknya merupakan kenalan Tan Sri. Kalau
tidak disebakan pakciknya belum tentu dia selesa dengan kehidupan mewahnya
kini.
“Cik Adra, tidak perlu risau, nanti
dia akan maklumkan” Zara meninggalkannya bersendirian di dalam bilik.
Ku lihat keliling bilik yang tanpak
kosong itu. Bilik yang sederhana besar itu lengkap dengan pelbagai
peralatan. Televisyen pun tersedia. Memang mereka nak suruh aku layan
telenovela kot.Hehehe.
“Assalamualaikum” Satu suara muncul
diluar pintu.
“walaikumsalam” Aku bangun untuk
melihat kelibat empunya suara
“Eh Tan Sri, kenapa tak call Zara
dulu” Ku dengar suara Zara diluar pintu.
Pintu itu dikuak dan tahula ku kini
CEO Gemilang Holding berdiri dihadapanku.
“Tan Sri, this is Ms Aulia Adra and
Ms Adra, this is our CEO Tan Sri Qaliff” Zara berprotokol.
“owh this is Adra, nice to meet u”
Lelaki sebaya papa itu tersenyum sambil menghulur tangan.
“ Nice to meet U Tan Sri” Aku
meletakkan tangan ke dada dan tunduk tanda hormat. Ku lihat Tan Sri memahami
lalu tersenyum.
“I heard a lot about u, very sweet
girl” Tan Sri Qaliff tersenyum. Aku makin keliru. Bagaimana boleh Tan Sri
mengenaliku, sedangkan aku langsung tidak mengenalinya. Ini adalah kali pertama
kami bersua muka.
“Eh Papa buat apa kat sini?” En. Adam
tiba-tiba muncul.
La, boleh cakap melayu rupanya,
ingatkan dah buta bahasa.Yang semua duk
berkumpul kat bilik aku ni kenapa? Sesi suai kenal ke? Aku makin konfius. Namun
ku maniskan muka semanis-manisnya.
“ye, just walk around and meet my
new staff”
Ku lihat wajah En. Adam yang kurang
selesa dengan kehadiran Tan Sri disini.
“Ok Adra, welcome to Gemilang
Holding and hope u can bring such a wonderful success to us” Sejuk aku melihat
wajah Tan Sri apabila berkata begitu.
“Jom Zara, tinggalkan mereka
berdua, ada bau jeles kat sini” Ayat itu sangat mencurigakan. Apa yang berlaku
disini sebenarnya. Ku lihat wajah Tan Sri dan Zara yang tersenyum nakal
meninggalkan kami berdua.







0 comments:
Post a Comment