Container Icon

Amalan Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan, semperna bulan puasa yang mulia ni, jom kita sama2 beramal sebanyak mungkin. Kita xtau bila lagi Ramadhan yang bakal kita jumpa so pada Ramadhan ini kita lipat gandakanlah amalan kita.


Nak share satu amalan yang boleh bawa untung berlipat2 ganda. Kalah niaga kat bazar ramadhan. Hehehe. 
Apa kata kita mengaji di bulan ini. Target untuk khatam satu Al-Quran bukan la mustahil dan memberatkan. Sangat la simple dan tidak membeban kan jika kita konsisten.

Cara2nya:
Setiap kali selepas solat apa kata kita baca 4 ms. sehari ada 5 waktu, so maknanya kita dapat la baca 20 ms. sebulan dah 600ms. dah complete satu round. senanngkan. 

lets say bagi yang kaum hawa tu mesti puasa x cukup 6-7 hari atau lebih. so korang boleh buat kiraan camni. 
kalau 7 hari x 20ms = 140ms, so korang akan tertinggal 140ms.
          140 hari / 23 hari yang suci = 6- 7 ms sehari
so maknanya, korang kene la tambah dalam 6-7ms setiap hari. korang pandai2 la letak kat dalam waktu mana. 
kalo rasa xnak berat sangat, apa kata bahagi 5 waktu. 
solat subuh 4 ms (yg asal) + 1ms = 5ms (sebab pepagi korang mesti kekadang x sempat)
solat zohor 4 ms + 1ms = 5 ms (time rehat kan korang x gi makan, tp korang mesti nak g cuci mata)
solat asar 4ms + 1ms = 5ms (korang nak masak, mesti terkejar2)
solat maghrib 4ms + 1ms = 5ms (waktu tu pendek sangat sebab duk depan makanan masa berbuka dah lama)
solat isya' = 4ms + 2ms = 6ms (waktu ni panjang, so korang boleh pelan2 ngaji lebih sket)

tapi kalo rasa banyak masa terluang dipagi hari, apa kata sampai je opis korang mengajila sekejap dalam 6-7ms tuh. utk selepas solat korang baca 4ms mcm biasa. xmakan masa lama mana pun kan. nescaya korang mendapat keuntungan yang berganda2.

Dan... jika korang terasa nak khatam sampai 2 kali, korang boleh la ngaji 4ms sebelum solat dan 4 ms selepas solat. memang tabik spriinggg la kat sape2 yang boleh khatam sampai 2 kali ni.

ok, tu saje yg nak dishare setakat ni, kalo ade cara lain utk dapat keuntungan bulan puasa ni, sama2 la kita sharing k..

bubbye,
alotoflove
-Mommyqasehqaish-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bab 4 Tiga Saat


Bab 4
Terkenang peristiwa di dalam kereta semalam membuatkan aku tersenyum sendirian. Muka punyalah macho tapi cover seat “hello kitty”. Puas aku simpan gelak aku. Takut dia perasan aku ketawakan dia. Walaupun malam gelap pekat macam kopi, tapi setakat seat yang ada gamba “meow2” tu memang aku boleh cam habis la. Maklumlah “hello kitty” memang jadi ikon remaja-remaja perempuan di Jepun. Memang glamour gila kartun tu. Walaupun aku tak pernah tengok tapi aku boleh mengenalinya.
Keluar je kereta termuntah gelak aku dibuatnya.Nak cakap terima kasih pun semput-semput nafasku Saja ku suruh En.Adam turunkan aku di hujung lorong, nak elakkan dari jiran-jiran sekeliling mengata. Anak gadis pulang awal-awal pagi dihantar oleh lelaki memang akan jadi cerita hot dan sensasi dekat taman aku nanti. Lebih hebat ceritanya pula bila parent aku tu cikgu. Memang macam sambal belacan la mengancam cerita ni nanti. So lebih baik aku jaga maruah keluarga. Lagi pun setakat hujung jalan yang tak sampai 50 meter tu memang takde  hal la untuk aku jalan kaki. Walaupun En. Adam bekeras untuk menghantar aku sampai depan pintu. Takut ada penculik la, perompak la, perogol la, macam-macam alasan dia. Macam la kat sini takde  sekuriti ronda. Kawasan perumahan kami ni selamat tau.
Aku perasan En Adam pergi sebaik je aku melangkah masuk dalam gate rumah. Bertanggung jawab orangnya. Buat hati kecil ku terusik sedikit. “lalala” hatiku mula bebunga-bunga Sakura.
Setiap hari beginilah rutinku. Jalan kaki menuju ke bas stop untuk mengambil feeder bus ke stesen lrt yang terdekat. Sebab tu aku kena keluar awal pagi. Kalau lambat, nanti Pakcik Singa tu mengaum pula. Lagi pun hari ini aku kena submit model yang aku buat semalam.
“Aulia” Kedengaran satu suara memanggil ku. Aku toleh kebelakang mencari gerangan suara yang memanggil.
“Aulia Adra”  Bahuku di cuit oleh seseorang. Ku toleh ke jam tangan ku baru menunjukkan pukul 730 pagi.
“ Eh, En. Adam buat apa kat sini?” terkejut besarku lihat kelibat En.Adam terpacak dibelakangku.
Tanpa suara dia memberikan isyarat mengikut langkahnya ke kereta. Aku masih terpinga-pinga. “Apa pakcik ni nak dengan aku pagi-pagi ni” Kepala yang tidak gatal aku garu.
Di hadapan kereta aku masih tercegat.
“Masukklah”
“Hurm” aku teragak-agak. Mesti kaya sangat dia ni kan. Semalam kereta lain, hari ni kereta lain. Aku nak pakai kereta sebjik pun tak mampu tau. Yang sebenarnya aku ni takde lesen memandu pun.hehehe.
“En.Adam” Aku nak memulakan bicara
“semalam tu kereta anak buah i”
“Eh, saya bukan nak tanya pasal kereta meow tu la” aku sedikit ketawa. Mesti dia risau takut aku ejek dia.
“Saya jelaskan je, jangan nanti jaja satu ofis yang i ni bawa kereta “hello kitty” pulak, kebetulan i hanta anak buah saya ke airport semalam.” Panjang pula penjelasannya.
“Eh, En.Adam ini, saya bukan jenis orang macam tu la” Aku sedikit terkilan. Aku ni suka bersembang je bukan suka menjaja cerita la.
Suasana diam seketika. Alunan lagu yang keluar dari radio berkumandang mengiringi suasa tegang seketika.
“ En. Adam ambil saya ni semata-mata nak cakap pasal ni ke?” aku memandang tepat ke wajahnya yang kusyuk membawa kereta. Wajahnya berubah terkejut sedikit.
“ Tak perlu risau, bukannya En.Adam buat salah pun, saya berterima kasih sebab sudi hantar saya pulang semalam..Buat apalah saya nak menjaja cerita sedangkan saya sendiri pun tak mampu untuk beli kereta” Aku pula berceloteh panjang. Perasaan terkilan tu masih ada. Semata-mata taknak  terus diketawakan oleh aku, dia sanggup datang show off kereta lain dekat aku pula.
“Macam2 ragam orang kaya ni kan” ayat tu hanya meniti di dalam hati aku je.
“Bukan macam tu..” katanya terberhenti disitu apabila aku mula memotong petuturannya.
“Eh, En.Adam nak bawa saya kemana ni”
“tu la yang saya nak cakap, awak dah potong”
Aku tersengih sambil menanti bicara seterusnya.
“Awak kena ikut saya present pasal projek Nusajaya tu hari ni”
“What? Why me? Im not a lead cast”
“Something up this morning and Yuwei have to attend, Tan Sri yang suruh I bawa u”
“But I really know nothing”
“but ur Japanese are excellent rite?”
“Eh tak la” Perasan curiga mengunjung diri
“ The scorer in a class, live there for almost 5 years, have been work for corporate sector and the most talented designer, takkan  masih tak excellent?”
“Eh..” Aku betul-betul terkejut. Macam mana En.Adam tahu, setahu aku,, temuduga pun aku tak sempat masuk. CV pun aku tak hantar. Macam mana pula boleh dia tahu pasal latar belakang aku ni.
 Aku lihat wajah En.Adam mengukir senyuman. Mahal senyumannya. Tidak pernah ku lihat.Dia mengeluarkan satu file dari kocek pintu. File tersebut dihulurkan kepada ku.
“Eh,mana En.Adam dapat ni?”
“Tu la, Kelam kabut sangat sampai benda penting macam ni pun u boleh tertinggal”
Aku mula faham. Ini lah file sijil2 dan CV ku yang tertingal dalam train tempoh hari. Betullah En. Adam gerangan mamat Lee Dong Wok tu.Aku mengulum senyum.
“Thanks” perlahan tuturku. Bersyukur sangat sebab mengembalikan semua sijil-sijilku.
Lepas ni aku mesti kena belanja En.Adam makan. Bak kata mama, orang berbudi kita berbahasa. Apa salahnya membalas budi orang. Betul tak??

“Jom, mesti dorang dah tunggu” Kereta BMW X6 color hitam tu berhenti tepat dihadapan Lobi Hotel Istana. Aku mempercepatkan langkah mengekori En.Adam. Kalau tau hari ini hendak berjumpa dengan client, aku siap-siap pakai seluar, takla  sempit langkahku. Nak buka langkah besar pun malu. Maklumlah hari ini aku berkebaya sopan. Stiletto pula 3 Inci, memang boleh terkehel buku lali kalau jalan macam kingkong.

            Selesai juga perbentangan antara Gemilang Holding dengan beberapa pelabur dari Jepun.Patutlah nak sangat aku pergi sekali.Rupanya nak jadikan aku translator. Tu la siapa suruh tak ambil 3 langguage, sekarang dah rugi. Mujurlah aku belajar dekat sana, kalau tak memang buta bahasa juga. Orang Jepun memang tidak gemar belajar bahasa orang lain, mereka sangat mengagunggkan bahasa ibunda mereka. Walaupun rangkaian business global tapi kemana sahaja mereka pergi, bahasa ibunda jugalah yang mereka guna. Mereka juga rasa yakin untuk berhubungan dan berkomunikasi dengan orang luar yang pandai berbicara bahasa Jepun. senang cerita, dealing tadi sangat berjaya. So aku rasa, aku dah membalas budi En.Adam sebab jumpa aku punya sijil. Fair la kan?

“Adam” Kaki kami terhenti apabila ada suara yang memanggil En.Adam.
Aku dan En.Adam menoleh kebelakang. Tiba-tiba ku rasakan panas.Seakan minyak panas tersimbah dimuka.Macam mana Mamat ni boleh muncul dekat sini dan pada saat ni. Mana aku nak menyorok.
“Eh Ikhwan” mereka bersalaman. Siap tepuk-tepuk bahu, macam best buddies je.
“Cantik Amoi kat sebelah” Ikhwan mengenyitkan mata kepadaku. Aku memjuih bibir. Betul-betul rasa macam nak sorok dalam selimut tatkala ini.
“Meet my designer, Aulia..” Belum sempat En.Adam memperkenalkanku, Ikhwan sudah mencelah
“Aulia Adra??”
“Eh kenal ke?”
“Eh kenal-kenal gitu je, maklumlah dia ni hot chick dekat sekolah, even dekat U, orang ramai peminat”
Amboi, bukan main ek ko Ikhwan. Aku hanya membatukan diri. Tidak berani untuk mencelah. Risau keluar macam-macam cerita pula dari Ikhwan.
“really? Ko pun salah sorang peminat dia ke?”
“rugi lah siapa yang tak minat dia”
“kenapa rugi?”
“siapa yang berani hantar surat cinta kat dia, mesti dia bagi special treatment, rugi la siapa yang tak mencuba” Sengaja Ikhwan menekan ayat special treatment tu. Memang dia nak cari nahas ni. Mintak-mintak la En.Adam tak paham.
“Ehem” aku berdeham. Memberi amaran kepada Ikhwan supaya tidak meneruskan lagi cerita. Matanya ku renung tepat. Biar dia takut sikit.
“ooo, this girl la yang letak minyak cap kapak kat kerusi tu?” tersembur ketawa En.Adam. entah bagaimana pula dia mengetahui cerita itu. Aku mengimbau kembali zaman sekolah. Sememangnya, aku tidak suka berkawan dengan kaum lelaki. Telah terang-terangan aku kata pada Ikhwan, namun dia tetap juga ingin meluahkan perasaan kepadaku. Disebabkan dia telah memeningkan kepalaku, aku tuang satu botol minyak cap kapak atas kerusinya masa waktu rehat, lepas kelas bermula, tiba-tiba dia terbangun dari kerusi dan kepanasan. Padan muka.Aku pun padan muka juga, balik rumah kena rotan dengan mama sebab Cikgu Jamaliah complain dekat dia.

“Dalam air aku pun” Ikhwan ketawa kuat. Merah menyala mukaku saat ini. Yang kes air tu, memang aku geram sangat sebab aku kena rotan dengan Mama, sudahnya esok aku tuang lagi sebotol minyak cap kapak dalam botol air Ikhwan. Dah orang tak nak, takpayah la nak report dekat cikgu. Geram sungguh rasanya.
           
            Mereka berdua memandang kearahku sambil ketawa kuat. Benci betul keadaan ini. Janganlah dia buka cerita yang lain-lain juga. Jatuh air muka aku. Dekat mana lagi aku nak sorok. Aku dan Ikhwan memang ditakdirkan satu sekolah sehingga la ke Universiti di bawah program yang sama. Namun aku tidak tahu pula dia berkawan baik dengan En.Adam.Aku rasa lepas ni makin banyaklah rahsia aku yang akan dia dedahkan.
“U ni terlampau baik lah Aulia Adra”
Sengaja En. Adam menekan ayat baik tu.Ada gaya macam ingin membuat serangan mulut. Aku berdiam diri seketika dan melangkah meninggalkan mereka apabila mereka masih galak mentertawakan ku. Namun tangan ku di tarik oleh En.Adam.
“Ish pakcik ni, suka-suka hati tarik aku. Selamat berlengan panjang. Kalau tak dah bersentuh kulit. Haram-haram…” aku membebel dalam hati.
“ok la, I dah tak ketawa. By the way, kitorang ni kawan baik perhaps, we are cousin” Selepas menyedari perubahan air muka ku dia melepaskan tangannya.
“ U still sweet la Lia, dah ada boyfriend ke sekarang”
Aku menendang hujung kasut Ikhwan. Oh ye, kawan-kawan sekolah dan Universiti memanggilku dengan nama Aulia atau lia. Maklumlah nama tu dipermulaan. Geram dan seakan mahu menyimbah minyak cap kapak je kat Ikhwan ni. Oh tidak, kalau boleh nak simbah mniyak petrol, lebih besar impaknya. Rajin pula mulutnya bertanya soalan yang tidak relevan tu. Bagi aku pula perkataan boyfriend tu tidak muncul dalam kamus hidup. Aku lebih selesa berseorangan. Tidak memeningkan kepala. Boleh buat apa sahaja yang aku suka.
“Boyfriend? Ada ke orang nak dekat dia?” En.Adam pula menambah color merah dipipi aku. Muka ku kali ini merah menyala. Buku nota kecil yang berada di tangan ku kipas ke muka. Terasa panas.
“ok2 just kidding” En Adam dan Ikhwan ingin tergelak tapi mereka cuba mengawal suara apabila lihat aku sekali lagi ingin membuka langkah.
“ Tu la, aku nak dulu jual mahal sangat”
Kali ni laju je tangan aku menyiku perut Ikhwan. Ikhwan menahan senak. Memang dari dulu dia suka sangat menyakat aku. Sehari dia tidak membuli aku agaknya hidup tidak tenteram . Setiap kali jumpa mesti berbalah. Agaknya keturunan dorang ni memang dari suku sakat pembuli kot, sebab bukan Ikhwan je macam tu, En. Adam pun sama. Aku ingatkan habis belajar dunia aku jadi aman, tidak sangka pula jumpa lagi disini.

“Ok la Adam, nanti senang aku singgah office kau, kirim salam dengan Pak Ngah dan Mak Ngah ye”   
“bye sweety” sempat lagi Ikhwan mengenyit matanya. Aku membalas dengan jelingan. Aku memandang kearah En. Adam yang dari tadi memerhatikan lagatku. Kelat semula air mukanya. Tadi bukan main gelakkan aku, tiba-tiba sekarang dah kelat. Jantungku berdegup laju tatkala dia menunduk sedikit dan muka nya didekatkan ke mukaku. Matanya tepat memandang ke dalam anak mataku. Hidungku kembang kecut, nafasnya pun boleh ku rasa.Memang hampir sangat. Kalau aku silap gerak maunya terlega hidung.
Keningku sengaja ku jongketkan.
“why?” Aku mengundur sedikit. Tanganku mula berpeluh-peluh.
“ hurm..u ada hati dengan Ikhwan ke?”
What? Ikhwan? Eeuu.aku ingatkan apa la tadi
Giliran aku pula menyembur tawa. Tidak sangka pula jawapan soalan ini yang En.Adam ingin dari aku.
“Ada hati ke?” Sekali lagi soalan itu diutarakan.
Aku mendiamkan diri dan melangkah kaki sambil membiarkan En.Adam dalam keadaan tertanya.
“Adra” Jeritan kecil itu cukup membuatkan langkah ku terhenti.
“Answer me”
“Is it related to work En.Adam?” 
Diam
Setelah tiada jawapan aku terus menuju ke parker dan kemudian di ikuti En.Adam. Pelbagai persoalan muncul di dalam benakku. Namun aku biarkan masa yang menyelesaikkannya. Dalam perjalanan pulang suasan hening dan tegang. Senyuman yang En. Adam lemparkan pagi ini pun tidak muncul-muncul semula.
Tak paham la.                  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Palestine Hunger Strike

Salam, terdetik plak nak sebarkan berita berkaitan mogok lapar di Palestine ni. Betapa hebatnye tahanan2 kat sane yg sanggup berlapar semata2 untuk menuntut hak2 sebagai tahanan. Kalau kita hari2 makan yg sedap2,  bygkan la dorang kat sane tu yg berlapar. Sape2 yang nak kuruskan badan pun xsanggup bertahan macam dorang.

berikut ialah antara tuntutan dorang:

1. Memenuhi hak mereka sebagai tawanan perang.
2. Diberikan hak untuk dilawati. 
3. Hak berpendidikan.

Sedikit cerita asal usul mogok ni pulak:


BAITULMAQDIS: Seramai 1,550 rakyat Palestin di penjara Israel menyertai mogok lapar besar-besaran dan dua daripada mereka sudah berlapar selama 64 hari, kata pegawai penjara Israel. Jurucakap penjara, Sivan Wiezman memberitahu, 100 banduan lain mula bertindak enggan ...makan sejak dua hari, menjadikan bilangan mereka yang menyertai mogok lapar meningkat kepada 1,550 atau lebih satu pertiga daripada keseluruhan 4,700 tahanan Palestin.

Dua daripada mereka, Bilal Diab dan Thaer Halahla, melakukan mogok lapar selama 64 hari, menyebabkan kumpulan Physicians for Human Right (PHR) – Israel memberi amaran bahawa mereka berdepan risiko maut.

Mahkamah Agung Israel semalam mendengar satu rayuan terhadap mereka yang ditahan tanpa didakwa. Prosiding itu juga digunakan bagi memperbaharui tempoh tahanan mereka sehingga enam bulan lagi. Selasa lalu, Diab berpindah dari penjara Ramle ke hospital Assaf HaRofeh berhampiran, sehari selepas PHR memberi amaran bahawa dia terancam jika tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya. “Bilal dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke jabatan gasteroenerologi di Hospital Assaf HaRofeh,” kata peguamnya, Jamil Khatib.

Seorang penasihat perundangan kepada Kelab Tahanan Palestin, Jawad Boulos yang melawat Diab kelmarin berkata, dia dirantai pada katil hospital dan dipantau empat pengawal keselamatan. Diab enggan berurusan dengan doktor sehingga mereka menanggalkan rantai itu dan memberitahu pengawal: “Setiap kali anda lebih kejam, saya akan lebih percaya dengan pendirian dan kepercayaan bahawa kebebasan adalah perkara paling berharga dalam hidup,” kata Boulos.

Seorang doktor PHR yang memeriksa Diab mendapati dia mengalami sakit perut dan mungkin mengalami pendarahan dalaman. Katanya, Halahla juga perlu menjalani imbasan CAT dengan segera. Khatib yang mewakili Halahla, cuba untuk melawatnya di penjara Ramle pada Rabu tetapi tidak dibenarkan, katanya.

Majoriti tahanan mula tidak makan sejak 17 April lalu dalam satu tuntutan termasuk menambah akses kepada peguam dan lawatan keluarga selain menamatkan hukuman ditahan bersendirian dan mengakhiri tempoh penahanan. Weizman berkata, satu suruhanjaya penjara memeriksa isu keadaan di tempat tahanan itu tetapi tidak memberikan tarikh bila ia akan diserahkan. Suruhanjaya terbabit mula bekerja sebelum bermulanya mogok lapar berkenaan.

Human Right’s Watch turut berkata, Israel perlu segera mengemukakan dakwaan atau membebaskan mereka yang dipenjarakan tanpa dakwaan yang dipanggil tahanan pentadbiran.



so bagi menyokong tahanan2 ni, jum la same2 kite berlapar..hurmm bole ke? kalau tak sanggup kita tukar profile pic je la kat FB kita tanda sokongan.

antara gamba2 profile pic yang bole  korang guna:






















cdt to sjehan.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga Saat Bab 3


Bab 3

            Dah hampir 1 bulan aku bekerja di Gemilang Holding, semakin ramai juga pekerja yang ku kenal. Walaupun berlainan department namun mereka boleh menerima aku seadanya. Maklumlah aku pun seorang yang suka bersembang. Bila dah beramah mesra dengan semua di sini aku menjadi semakin seronok. Kini aku sudah mengenali kak Rahmah merangkap setiausaha Tan Sri, Jacob di Marketing department, Yuwei dari Development Department, Augustin, Sarimah, Aina, Sofia dari Human Resource, dan rapat denganku Zara dan Ayu. Zara memang nampak agak sombong, namun dalamannya sangat cantik persis luarannya. Ayu pula memang manis dan lemah lembut. Aku gembira bergaul dengan mereka sebab mereka antara yang paling berhampiran denganku. Nak harapkan En. Adam? Aku rasa ada la beberapa kali dia tegur aku. Itu pun berkaitan kerja. Pandang aku pun dia tak nak. Macam kuman pulak aku rasa diri ni. Hurm..
           
            Kerja untukku juga semakin membukit. Dari satu projek ke satu projek aku usahakan. Kali ini projek rekabina theme park di Selatan. Tugasku untuk membina model tersebut ilham dari arkitek. Sangat rumit tapi sangat mengasikkan.Unitku juga ada menempatkan studio photo. Walaupun tiada rakan sekerja yang lain, namun model-model yang keluar masuk untuk shooting membuatkan aku tidak kesunyian. Ada saja yang menyinggah untuk berborak. Aku semakin terhibur bekerja di sini.

            Namun aku masih tidak berpeluang berborak dengan En.Adam, orangnya sangat sibuk. Jumpa pun hanya berselisih di ruang legar, Segala arahan yang ku terima semuanya melalui Zara. Dari maklumat yang dimaklumkan Zara, sebelum ini En.Adam bekerja di cawangan luar Negara, hanya sekali sekala sahaja dia ada di sini. Oleh itu, mereka  jarang berjumpa sehingga lah, Tan Sri meminta Zara menjadi setiausaha kepada En.Adam. Kak Ramlah cakap pula, En.Adam sangat sukar dikawal. Orangnya sangat keras kepala, cerewet dan berhati batu. Berbeza dengan Tan Sri Qaliff yang sangat memahami. Pada mulanya, jawatan yang kusandang itu adalah dari Unit Pembangunan dimana arkitek dan designer ditempatkan, namun En.Adam mendesak Tan Sri untuk menubuhkan unit Kreatif. Katanya bakal banyak projek-projek yang akan diambil alih.. Namun sehingga kini En. Adam tidak mengeluarkan sebarang arahan pengambilan pekerja lain di unit tersebut.

“Adra, En.Adam nak u masuk office dia sekarang” Panggilan dari Zara membuatkan kerja-kerja ku tergendala sebentar.Zara ada berpesan jikalau En.Adam mahukan sesuatu dengan segera, maknanya kena tinggalkan segala yang kita lakukan untuk memenuhi permintaannya. Jikalau tak, ribut taufan Catrina pun tidak sehebat taufan Adam.
“itu pun nak suruh Zara pangilkan, intercom aku sendiri tak boleh ke” aku mengomel lagi. Pen dan buku nota kecil ku selitkan ke dalam Apron. Oh ye, kerja yang kulakukan memang rumit dan mencomotkan, oleh itu aku lebih selesa untuk memakai apron. Lebih terjamin kebersihan baju ku. Walaupun kadang-kadang kala kelihatan macam bibik. Namun aku sudah terbiasa dengan budaya kerja di Jepun.

“En. Adam nak jumpa saya”
Diam.
“setakat nak diam diri baik aku tak payah datang” kata-kata hatiku je.hehehe
En. Adam masih membelakangi Adra.
“aishh.. pandang muka saya pun taknak ke?”perlahan lagi suaraku.
Diam.
Aku tak puas hati, ku bergerak ke arah kerusi besar yang membelakangi ku. Aku mendengus. Bertuah punya bos, boleh di bantai tidur pulak. Nak tidur balik umah je la. Kalau aku terlelap sikit manjang je suruh Zara sound aku.Ishh..tak aci ni.

Aku amati wajah En.Adam yang melentok di kerusi. Kesian pulak ku lihat. Serabut wajahnya.Mungkin banyak sangat kerja sehingga memberi tekanan. Rambutnya, Matanya, Bibirnya… “o..oo.. oppa” aku kembali mengingati wajah lelaki yang saling tak tumpah seperti En.Adam. Mungkin dia lelaki yang sama di dalam train tempoh hari. “Lee Dong Wok oppa” Mustahil aku lupa dengan wajah lelaki yang ku himpap kakinya dengan beg sandangku. Wajah persis hero pujaan Korea itu memang akan kukenang sampai bila-bila. Patutla aku seakan mengenalinya. Aku tersenyum gembira.

“Ni kenapa senyum sorang-sorang?” Tiba-tiba En. Adam bersuara.
Terkejut dengan sapaan itu, aku melangkah sedikit kebelakang dan terjelupok jatuh.
“Eh, tak ada ape-ape” aku menepok2 belakang baju ku sambil mula berdiri. Malu menyelubungi diri bila tertangkap dalam keadaan begitu. En.Adam menyisir rambutnya ketepi dan membetulkan sedikit kemejanya.
“ En.Adam nak jumpa saya ke?” Aku mula bertanya
“Hurm.. ye” Masam kelat wajahnya.
Ada apa ye En.Adam?”
“Project Nusajaya tu dah siap ke?”
“dah 80% En.Adam, kenapa?”
“aik, tak boleh aku tanya ke?”
“ooo…, boleh,boleh” Ala setakat nak tanya progress tu intercom je la. Nyusahkan aku betul.
“merungut?” En. Adam seakan dapat membaca bisikan hatiku.
Aishhh.. dia ni pak nujum ke. Namun yang keluar “ Eh., mana ada saya merungut, saya suka dengan kerja saya”
“ Bagus, kalau macam tu, saya nak model tu by tomorrow”
“tomorrow?”
En.Adam angguk. Ku merlirik kearah jam di tangan, jarum menunjukkan hampir 7 malam. Pukul berapa pulak aku nak balik? Zara pun dah balik sebelum aku masuk kebilik En.Adam tadi. Ayu pulak bercuti seminggu. Siapa yang nak teman aku. Aku cuba mencari alasan supaya melewatkan sedikit submission itu.
“ Kenapa tercegat lagi?”
“En.Adam..”aku memikirkan skali lagi ayat yang harus ku sambung
“Anything?”
Sudahnya aku menggeleng dan kembali semula kebilik ku.Satu keluhan berat ku lepaskan. Aku bukannya taknak kerja lebih masa,tapi kalau aku sorang je yang kerja, yang lain dah cha alif but sampai ofis kosong, aku pun nak gak join dorang balik umah. Aku ni bab tinggal sorang2 ni memang kecut sikit. Seram seriau je rasanya. Cerita hantu pun aku tak pernah tengok. Apa tah lagi kena kerja sorang-sorang. Dah rasa macam “pak guard” plak.

Aku selak tirai dibilik. Hari semakin gelap. Replika yang aku bina masih ada banyak lagi nak di touch up. Azan dari radio dah menandakan waktu Maghrib. Aku memandang keluar bilik. Nak berjalan ke bilik air pun sunyi. Selalunya tingkat atas ku iaitu tingkat 5, masih lagi ramai yang aktif bekerja. Maklumlah unit pembangunan, kekadang tu sampai berkampung dekat pejabat.

Aku meluru ke tingkat 5 di mana surau di tempatkan. Panjang langkahku apabila angin sejuk menyapa badan. Ku lihat lampu di bilik En.Adam masih lagi bernyala apabila melintasi bilik beliau. Sedikit perasaan lega menguatkan semangatku untuk sambung bekerja selepas ini.

“Aik apsal surau sunyi je ni?” Perasan gerun kembali berlegar-legar. Ternyata tiada siapa yang bekerja lebih masa. Tanpa berlengah aku meneruskan niat untuk menghadap Penciptaku. Selesai Solat Maghrib dan berwirid aku kembali kebilik ku untuk meneruskan kerja. Bunyi mesej dari handphone mengejutkan aku yang sememangnya tengah seram sejuk.
: tak balik lagi ke?
Pesanan ringkas dari Mama ku balas
: hari ini, Adra overtime la Mama
: oh, ok until what time?
: not sure, if lambat sangat, Mama tidur dlu, tak payah tunggu tau.
: balik naik ape?
: I will take a cab. Don’t worry, I’m big girl. :P
: big girl? Hehehe ok take care darling
Aku membalas mesej sambil melangkah menuruni tangga. Tetiba satu kelibat melintas di hadapanku.
“ opocot, one two three” aku melatah
“ eh, Cik Adra kenapa tak balik lagi” sapa Abang Malim selaku pak guard di ofisku. Mungkin dia sedang membuat rondaan.
“Abang Malim ni buat Adra terkejut je.Adra ada keje nak kena siapkan, tu yang stay back”
“Nak Abang Malim temankan, dah takde orang kat ofis ni”
“Mula la tu nak menggatal, tak pe la bang, boss ada lagi kat bilik dia”
“En. Adam ke?”
Aku angguk kecil
“ Eh dia dah balik tadi, hari ni Tan Sri belanja budak-budak unit pembangunan dinner, En. Adam ikut sekali”
“Haaaa??” mulutku ternganga sedikit. Cukup ruang untuk en.lalat singgah.
Ketar badan untuk meneruskan kerja. Namun tetap terpaksa. Aku meminta Abang Malim ronda dengan lebih kerap. Tak terasa sangat aku seorang saja yang tinggal. Dalam hati menyumpah-nyumpah En. Adam, dahla suruh aku siapkan cepat, atleast temankan aku. Kalau ada dua tiga orang yang rakan sekerja tak lah sunyi sangat. Entah bila agaknya dia nak carikan aku pembantu. Atau memang dia saja nak seksa aku selama-lamanya. Dia berdendam dengan aku sebab aku terhimpap kaki dia dengan beg ke? Tak mungkin pulak, dia mana ingat aku.hihihi.

Lagu dari L’ Arc en ciel menjadi mainan MP3 ku. Tu salah satu favourite band aku. Maklumlah duduk lama berlajar di Jepun membuatkan aku sebati dengan budaya dan kesenian Negara itu tapi bak kata Mama, budaya yang baik-baik je kita contohi, yang buruk tu dijadikan teladan. Sepanjang aku disana, aku tidak pernah melupakan akar umbi aku. Lagipun terdapat ramai student Malaysia di sana. So aku tak la kekok untuk bergaul.

Tengah asik ku membuat kerja, ku perasan ada kelibat lalu dari ekor mataku. Lega juga rasanya apabila Abang Malim kerap membuat rondaan. Tidak la terasa sunyi. Tanpa sedari jarum jam pendek di tanganku menunjukkan pukul 1 pagi. Sedikit terperanjat lalu aku mengeluh. Aku mengenakan final touch sebelum mengemaskan barang dan ingin pulang. Esok pagi pasti kena serahkan pada En.Adam. harap-harap dia tak banyak kerenah.

Seminggu pertama aku bekerja, memang rileks sakan, namun bila minggu kedua dan seterusnya hingga kini, memang tak boleh nak bersidai beborak dengan Zara dan Ayu lagi. En. Adam pula memang sangat cerewet. Ada saja yang dia tidak berkenan dengan hasil kerjaku, walaupun Yuwei dari development department telah berpuas hati. Ada sahaja yang disuruh betulkan.

Aku berpaling untuk mengambil beg di mejaku. Dah terlampau lewat sangat ni. Risau pula Mama bising.
“ Opocot” Terkejut besar aku apabila En. Adam terbaring tido di sofa bilikku.
Bila pula lah mamat ni tersadai dekat sini? Mesti dah lama sampai boleh tertidur. Nak pantau aku kerja ke? 
“ En.Adam”  aku bersuara perlahan. Mama kata lagi, kalau nak kejutkan orang perlahan-lahan supaya roh dia tak terkejut dan lari. Semuanya Mama kata..hihihi. Maklumlah parentku kan ke cikgu, so banyak kata-kata mereka yang boleh ku pakai dan pegang hingga kini. Lagipun aku je la anak dia selain anak murid yang dia nak ajar pun.
“En. Adam” sekali lagi aku bersuara apabila panggilan pertamaku tidak bersahut
“En. Adam” Kali ketiga panggilanku masih tidak disahut.
Tidur mati betul mamat ni. Nak aku simbah air ke? Dah la tetiba muncul mengejut disini. Eh, betul ke ini En.Adam. aku mula ragu-ragu. Maklumlah dah lewat malam macam ni, tak mustahil mahluk tu keluar.
“ohh tidak-tidak”  aku beralih mengambil sesuatu di atas mejaku. Lalu kembali semula di sebelah En.Adam.
“ Aduhhhh” En. Adam menjerit kecil.
“Ha, sedar pun” aku ketawa kecil apabila melihat keletah En.Adam yang baru bangun tidur.
“Apa u buat ni” Muka En.Adam mula menyinga
“Nothing” perlahan aku mengundur kebelakang beberapa tapak menjauhi dari Sofa di mana En.Adam berada. Jarum kecil yang berada di tangan, ku sematkan di belakang baju.cepat-cepat. Taku pulak dia spot check aku.
“it’s hurt u know”
Aku tersengih kecil. Dah ku kejut takmo bangun, aku cucuk la hidung dia dengan jarum.
“I do nothing” aku mengulum senyum. Hatiku ketawa kecil.
Muka En.Adam tidak puas hati. Dia mula menghampiri ku. Tiba-tiba aku rasa berdebar-debar.
“ehemm, En.Adam buat apa dekat sini?” aku bersuara apabila langkahnya semakin rapat denganku.
“ha,Pantau u kerja la” Langkahnya terhenti.
“Since bila En.Adam ada dekat sini. Tak sedar saya, lain kali bila nak masuk bilik ni bagi la salam” Sengajaku selit sindiran.Macam bos besar memberi arahan. Mana taknya sesuka hati datang kebilikku tanpaku sedari.. Kalau kena tangkap basah nanti siapa yang susah. Aku jugak. Marah boyfriend aku nanti. Hikhik.
“ Amboi, sejak bila pulak la I kena mintak kelulusan dari staf?” Kan, kan, kan dah kena. Padan muka aku.
“Takde la,bukan ke elok kalau bagi salam. Mana la tau kot-kot saya tengah buat kerja sambil tertonggeng ke, malu la saya kalau En. Adam main serbu masuk je” Ha, lawan balik. Ntah-ntah dia perasaan aku gali bijih tadi. Aishh malunya.
“ I did few time, ye la dengan headphone kat telinga ni, mana nak dengar” En.Adam menarik headphone yang terletak di leherku.
“Really? Saya jawab balik ye, Waalaikumsalam” Aku loyar buruk.
En.Adam mendengus.
“Dah settle semua?” Aku angguk.
“Ok good, tomorrow I nak tengok., now I nak balik, u?”
“me too” Aku mengejar langkah En.Adam berjalan menuju ke lift. Suasana memang teramat sunyi.Terasa sejuk hingga ke tulang.

Sesampai di Lobi aku lihat kereta En.Adam telah tersedia. Dia terus begerak memasuki keretanya dan aku melangkah ke bus station yang terletak 10 meter dari pejabat. Jalan raya pun kelihatan lengang. Kereta Ford Fiesta En.Adam melintasi aku dengan lajunya.
“1.30 pagi?” aku mengeluarkan handphone untuk mendapatkan callcab. Dalam waktu sebegini memang susah untuk mendapat teksi.
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan ku.
“Naik lah” Aku melihat kedalam cermin gerangan suara.
“Ooh En.Adam, eh tak pe la” Pura-pura jual mahal.Padahal kalau dapat tumpang pun ok jugak.Ingatkan tadi dah balik.
“Sure?” Angguk ku perlahan.
Apsal kepala ku boleh angguk pulak.Ish kan dah kena tinggal.Sambil mengomel aku memerhati sekeliling. Terdapat dua orang lelaki sedang menuju ke arahku. Aku bergerak berdiri dibawah tiang lampu. Risau kalau lelaki tersebut akan melakukan sesuatu yang tidak baik. Bukan nak berprasangka buruk, tapi maklumlah dunia kini semakin tidak selamat. Lebih baik berwaspada.

Untuk kali kedua kereta Ford Fiesta Merah itu berhenti di hadapanku. Kali ini En.Adam turun menjemputku. Tanpa berbicara, dia membukakan pintu dan mengarahkan aku masuk ke dalam. Lagaknya macam gentleman tapi air muka macam pak singa nak makan umpan. Risau dengan gangguan lelaki-lelaki yang berada di situ, aku segera meloncat ke dalam perut kereta.

“Jual mahal sangat” Perlahan aku dengar tuturan En.Adam.Tapi aku yakin itu ayat yang dibutirnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua merawat suara yang serak

Dah 2 minggu batuk melanda diriku, sampai suara pun dah bertukar jadi suara Wohnen. saya google2 tejumpe petua-petua dibawah.so nak share dengan u ols. Moga petua-petua dibawah mandatangkan manfaat. Saya nak try petua ke 3 dlu.hehehe


Petua 1: Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya. Campur sedikit air dan panaskan. Kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.
Petua 2: Ambil bawang besar 2 biji dan buang kulitnya. Tumbuk atau mesin hingga hancur. Kemudian tapiskan dan airnya. Minum  2 kali sehari  dan amalkannya 2 hari berturut-turut.
Petua 3: Ambil sebuku asam jawa dan ramaskannya dalam air.Campurkan dengan  1 gelas air sejuk, embunkan atau masukkan ke dalam peti sejuk. Minum  air ini 2 kali sehari dan amalkannya  sehingga suara serak hilang.
cdt to Melayukini.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Penenang

Maksudnya: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).Ayat dari surah Ali-’Imran, ayat 173

Buat kawan2 yang sentiasa dalam keresahan.xkirala tentang masalah ape pun. cube amalkan baca ayat di atas agar korang semua sentiasa tenang. Hati yang tenang baru la bole menjana minda yang waras.. SELAMAT BERAMAL.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit Tulang Belakang

Lately ni, rase sakit tulang belakang sy sgt menjadi2, ni semua akibat daripada pengambilan epidural semasa bersalin anak yang ke2.ni adalah antara risiko yang dihadapi apabila bersalin secara ceaser. Orang kate lepas ceaser jgn keje berat2, angkat berat2, namun ape nak buat, semua nye terpakse di hadapi. actually saya xdela kerja berat2 sangat, tp angkat bende berat tu memang hari2. maklumla ank2 sy jenis yang suka memerap. sikit2 nak dukung lebih2 lagi si BOB aka anak ke2 sy.hari2 buat rasa letih. idea nak menulis tu mencurah2, tp bile penat sangat jalan yang terbaik untuk hilang penat ialah TIDOR. tu yang byk keje tergendala. hehehe.

ok, sini saya nak kongsi punca2 saket tulang belakang dan beberapa petua untuk mengurangkan masalah ini. harap anda semua boleh mencuba. 

BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.
Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk.

Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.


Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

    Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.

    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).

    Diagnosis dan rawatan
    Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

    Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

    “Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

    “Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.

    “Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.

    Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.

    “Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.

    Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

    Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

    Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

    Pencegahan
    Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah:
  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

    Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.

    Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.
  • Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.

    Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.
  • Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.

    “Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow.
  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
  • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.

    Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.

    “Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya. 

  •  

    cr to hrmetro

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS